Connect with us

Oh! Media

Datuk Adnan Abu Tidak Mahu Lepaskan Adira Suhaimi

adira suhaimi

Oh! Artis

Datuk Adnan Abu Tidak Mahu Lepaskan Adira Suhaimi

Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Adnan Abu menyatakan masih tidak mahu melepaskan isterinya, Adira Suhaimi walaupun kini dalam proses penceraian.

ADVERTISEMENT

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan di mana Datuk Red masih mahu mempertahankan rumah tangganya.

Anak guam saya masih lagi mahu mengekalkan hubungan suami isteri. Dia sayangkan isterinya. Dia mahu pertahankan rumah tangga. Tiada pihak yang mahu bercerai.

Datuk Red dan Adira bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah untuk proses lantikan JKP yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Abdul Hadi Omar.

Mengikut undang-undang penyelesaian JKP dalam tempoh enam bulan. Pihak sana bantah sebab agak lama, namun mahkamah benarkan untuk tiga bulan.

Mahkamah hanya maklumkan jangan lengahkan masa.

Bagaimanapun, Adira pula difahamkan masih mahu meneruskan penceraian. Disebabkan itu, mahkamah menetapkan 5 Mac 2024 sebagai tarikh mengemukakan laporan JKP.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas