Connect with us

Oh! Media

“Papa Nak Mama Stop” – Tunang Minta Anju Tak Layan ‘Budak Senget’

tunang zarina anjoulie

Trending

“Papa Nak Mama Stop” – Tunang Minta Anju Tak Layan ‘Budak Senget’

Kecoh betul minggu ni dengan isu kontroversi melibatkan pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie. Mana taknya, masing-masing sibuk membuka aib masing-masing.

ADVERTISEMENT

BACA: Panas! Fathia Latiff Dakwa Zarina Anjoulie Pernah ‘Tutt’ Dengan Ismail Izzani

Terbaru, tunang kepada Zarina iaitu Datuk Khazrul Elzey meminta selebriti itu mengangkat ‘bendera putih’.

papa anju

Dalam satu hantaran video, Datuk Khazrul meminta Anju tidak melayan provokasi Fathia yang digelarnya ‘budak senget’.

Papa nak cakap sikit, papa baca banyak regarding you. Papa pun dah call mama suruh mama stop. Takpe mama, kita stop bukan tandanya kita kalah. Kita stop tandanya kita sangat bijak.

Katanya lagi, Fathia bukanlah level Anju untuk terus berlawan di media sosial. Dia juga bersedia untuk mempertahankan Anju sekiranya Fathia membawa kes ke mahkamah.

Dia tidak mahu isu mengaibkan itu menjadi tontonan anak cucu kelak jadi lebih baiklah Anju mengalah je.

@standwithpalestinen @zarinaanjoulie_ #fyp ♬ Seruling Sholawat Jibril – vmozjr

Datuk Khazrul yang berada di dunia korporat juga terpalit sama apabila ada rakan-rakan bertanyakan isu tersebut.

Pesannya lagi, Anju perlu lebih sabar, banyakkan solat dan zikir untuk menenangkan diri. Apa-apa pun, Datuk Khazrul tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika keterlaluan.

Kredit: TikTok YH. Hj DS Elzey

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas