Baru-baru ini, tular satu perkongsian di Facebook dari seorang individu yang telah membongkarkan sindiket penipuan yang dilakukan oleh seorang pempengaruh, Aisar Khaledd.
ADVERTISEMENT
Dakwaan mengatakan pempengaruh tersebut telah menipu ramai orang terutama sekali penonton live miliknya yang diminta meninggalkan komen agar dapat dipilih secara rawak nanti.
Pempengaruh ini juga terkenal dengan pelbagai kontroversi dan meminta orang ramai supaya faham apa yang dilakukan di live media sosialnya.
Awak kena faham, ini cara saya dengan komen “saya nak” dekat video ke atau dekat live ke ini adalah cara saya. Tiga tahun dah saya buat macam ni.
Sebelum ni tak ada pun apa-apa masalah. Jadi disebabkan ini, ramai yang panas, sebagai bukti hari ini saya akan pusing satu Malaysia untuk berkongsi rezeki kepada sesiapa yang komen ” Nak” pada video saya sebelum ini.
Saya buat video ni bukan nak kena kecam, saya dah buat macam ni dah lebih tiga tahun.
Malah, Aisar juga pernah berjanji untuk membuat tour rumah ke rumah dengan memberikan pelbagai hadiah kepada pemenang yang meninggalkan komen di media sosial miliknya.
Saya pusing satu Malaysia ni sebab nak gantikan event yang sepatutnya saya buat pada 30 haribulan tetapi tidak mendapat kelulusan memandangkan masa terlalu singkat.
Jadi saya pilih untuk bagi rumah ke rumah. Ada motor, ada TV, ada Iphone dan macam-macamlah.
Awak pun tahu kan apa yang saya buat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen masih meragui tawaran cabutan bertuah yang dibuat pempengaruh ini meskipun sudah lama mengikutinya di media sosial.
Bukan itu sahaja, Aisar juga pernah menawarkan kereta jenis BMW miliknya untuk diberikan kepada mereka yang bertuah sewaktu membuat live di aplikasi TikTok.
Tambahan, warganet tidak berpuas hati dan merasakan apa yang ditawarkan olehnya hanyalah penipuan kerana belum ada pemenang yang menerima hadiah-hadiah hebat tersebut.