Connect with us

Oh! Media

“Kenangan Yang Tidak Dapat Kembali Lagi” – Hidayah Kongsi Momen ‘Sweet’ Bersama Arwah Abam Sempena Hari Lahir

Hidayah

Oh! Artis

“Kenangan Yang Tidak Dapat Kembali Lagi” – Hidayah Kongsi Momen ‘Sweet’ Bersama Arwah Abam Sempena Hari Lahir

Bersempena ulang tahun kelahiran Allayarham Syed Umar Mokhtar (Abam Bocey), Nor Hidayah berkongsi momen indah ketika dia bersama arwah suaminya.

ADVERTISEMENT

Menerusi perkongsian di Instagramnya, video berkenaan memaparkan dirinya sedang berduet bersama arwah menyanyikan lagu Memori Berkasih.

Dalam pada itu, Hidayah turut menasihati buat pasangan suami isteri di luar sana untuk menyimpan segala memori bersama agar menjadi kenangan apabila mereka sudah tiada.

Hidayah

Kenangan yang tidak dapat kembali lagi. Simpanlah kenangan bersama pasangan anda banyak-banyak pun tak apa.

Bila dia (pasangan) tiada kenangan ini akan menjadi kenangan sampai bila-bila.

Malah, dalam video itu turut kelihatan Abam sempat bergurau bersama Hidayah sewaktu menyanyikan bait-bait lirik lagu tersebut.

Selamat Hari lahir suamiku. Hari ini 19 Januari, genaplah umur awak 36 tahun. Cintaku selamanya…

Hidayah

BACA: Nor Hidayah Mula Buka Hati Cari Pengganti Selepas 3 Tahun Pemergian Arwah Abam

Terdahulu, balu kepada Allayarham Syed Umar Mokhtar (Abam Bocey) dikhabarkan sudah bersedia untuk menerima kehadiran orang baharu dalam hidupnya.

Kredit: Instagram Hidayah Hamzah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Peniaga sekarang banyak ambil kesempatan eh tak kira la pelancong ke tak. Cuba berniaga tu ikhlas sikit. #OMRasa #burgeramly #peniagaburger

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas