Connect with us

Oh! Media

MAIS Tarik Balik Tauliah Mengajar Ustaz Ahmad Dasuki

Ahmad Dasuki

Oh! Tidak

MAIS Tarik Balik Tauliah Mengajar Ustaz Ahmad Dasuki

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian untik tarik balik tauliah mengajar agama Islam bagi aktivis politik dalam Selangor. 

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, pihak MAIS menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 5 Oktober yang memutuskan pembatalan penarikan balik tauliah mengajar agama Islam terhadap Ustaz Dusuki Abdul Rani dan perkara ini dikatakan sendiri Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam ini berdasarkan alasan ketidakpatuhan prosedur semasa proses penarikan balik tauliah dibuat.

Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam ini sama sekali tidak menyentuh dan tidak mempersoalkan penarikan balik tauliah atas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik.

Justeru, titah Sultan Selangor ini masih berkuat kuasa di Negeri Selangor.

Hal ini dilakukan selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kata Abdul Aziz.

Ini juga berdasarkan maklumat mengenai status keaktifannya dalam parti politik termasuk tapisan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam hal ini, MAIS memutuskan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam atas alasan rayuan yang difailkan ini hanya bersifat akademik semata-mata kerana tempoh tauliah mengajar agama Islam Ustaz Dusuki Abdul Rani sudahpun tamat pada 30 Jun lalu.

Sementara itu katanya, merujuk keputusan penarikan balik tauliah mengajar agama Islam bagi penceramah Ustaz Abdullah Khairi pula, keputusan Jawatankuasa Tauliah MAIS juga dibuat selaras titah Sultan Selangor berhubung larangan pemberian tauliah kepada mana-mana aktivis politik.

Tindakan penarikan balik tauliah ini dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 dan pemegang tauliah yang terkesan diberi ruang untuk membuat rayuan kepada MAIS.

MAIS menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan isu penarikan balik tauliah mengajar agama Islam dan menghormati titah Sultan Selangor yang tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik.

Ini kerana dikhuatiri ia boleh disalahgunakan untuk kepentingan mana-mana parti politik yang akhirnya akan membawa kepada fitnah, perselisihan dan perpecahan umat Islam di Negeri Selangor serta mencemarkan agama Islam.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas