Connect with us

Oh! Media

Aman Graseka Sendiri Terkejut Dengan Berita Dirinya Minta Bantuan Untuk Beri Anak Makan

aman graseka

Oh! Artis

Aman Graseka Sendiri Terkejut Dengan Berita Dirinya Minta Bantuan Untuk Beri Anak Makan

Semalam ada keluar satu berita mengatakan pelakon veteran, Aman Graseka meminta bantuan orang ramai kerana kesempitan hidup dan perlukan duit untuk memberikan anak-anak makan.

ADVERTISEMENT

Berita yang tersebar ini bagaimanapun tidak benar dan Aman Graseka sendiri terkejut kerana berita yang tersebar itu turut mengatakan keretanya rosak.

Aman Graseka akui masih bekerja dan ada perniagaan sendiri…

aman graseka

Aman mengakui dirinya tidak pernah meminta pertolongan mana-mana pihak kerana masih mempunyai pekerjaan dan keluarga hidup dalam keadaan baik sahaja.

Kata Aman lagi, walaupun sekarang dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon namun dia ada perniagaan sendiri iaitu menjual ketupat dan rendang.

Saya terkejut tengok berita fasal saya viral. Saya ada kerja sendiri.

Ini antara gambar yang tersebar dan ianya palsu…

aman graseka
aman graseka
aman graseka

Kalau dilihat dari gambar-gambar yang tersebar ni, gigih betul diorang cuba sebarkan berita palsu. Macam sengaja nak cetuskan cerita panas dan persoalan. Hati-hati sebab boleh jadi ia kerja scammer.

Untuk pengetahuan korang, Aman Graseka dan isteri, Nurul Amrina telah berkahwin pada tahun 2018 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas