Connect with us

Oh! Media

Pegawai Rendah Polis Pangkat Sarjan Didakwa Rogol Pelajar Perempuan Di Hadapan Balai

polis

Oh! Tidak

Pegawai Rendah Polis Pangkat Sarjan Didakwa Rogol Pelajar Perempuan Di Hadapan Balai

Hari ini seorang lagi pegawai rendah polis berpangkat sarjan disiasat selepas seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun membuat laporan telah dirogol.

ADVERTISEMENT

Kejadian itu berlaku sebanyak dua kali pada September dan Oktober tahun lalu. Perbuatan pertama dilakukan anggota terbabit di hadapan balai polis, di kawasan parkir sebuah pasar raya di daerah Perak Tengah.

Nombor telefon suspek ada dalam telefon bimbit mangsa…

Kejadian itu terbongkar selepas mangsa mengadu telah dirogol kepada ibunya.

Identiti suspek berusia 42 tahun dikenal pasti berdasarkan nombor telefon yang terpapar dalam telefon bimbit mangsa.

Polis juga merampas dua telefon bimbit, masing-masing milik remaja berkenaan dan suspek. – Kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ). Setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan dilakukan sementara menunggu laporan kesihatan oleh pihak hospital.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas