Connect with us

Oh! Media

Kekalkan Kulit Yang Sihat Seisi Keluarga Dengan Johnson’s Baby Milk + Rice! Mesti Lembut!

Branded

Kekalkan Kulit Yang Sihat Seisi Keluarga Dengan Johnson’s Baby Milk + Rice! Mesti Lembut!

“Produk dah best, tapi tak sesuai untuk seisi keluarga pula… ”

Setiap bulan, mesti dah jadi satu rutin untuk membeli barangan penjagaan diri kan? Salah satu daripadanya, mestilah produk mandian. 

Namun adakah anda sedar, tidak semua produk penjagaan badan itu boleh digunakan untuk semua golongan umur? Ini kerana kebanyakan produk penjagaan badan yang dijual di pasaran mempunyai sasaran bagi golongan tertentu seperti bayi, kanak-kanak dan dewasa. Hmm, macam ni susahlah nak dapatkan produk yang boleh digunakan seisi keluarga. 

Tapi korang tahu tak,  sekarang dah ada jenama produk penjagaan kulit bayi yang boleh digunakan oleh dewasa juga? Seriuslah?!

Rangkaian Johnson’s Milk+Rice Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Jenama Johnson & Johnson merupakan salah satu jenama yang telah berada di pasaran hampir 130 tahun. Sejak dari kecil lagi, mesti ramai  familiar dengan rangkaian produk dari Johnson’s Baby, betul tak? Antara produk yang sering digunakan ialah seperti sabun badan, syampu dan losen. Memang terkenang memori childhood kan? 

Kalau sebelum ini, mesti korang ingat yang produk Johnson’s ni sesuai untuk golongan bayi sahaja kan? Bukan si kecil sahaja, sebenarnya golongan dewasa juga berhak mendapat perlindungan kulit yang sihat bersama-sama dengan insan yang tersayang!

Oleh itu, Johnson’s telah mengeluarkan rangkaian produk Johnson’s Milk+Rice yang sesuai digunakan untuk seisi keluarga kerana ia direka khas dengan bahan-bahan yang selamat untuk mengekalkan kulit yang anjal dan lembut sentiasa!

Johnson’s  Milk + Rice Bath Beri Perlindungan Serta Kelembutan Pada Kulit 2X Ganda!

Kalau korang nak tahu, kulit bayi lebih cepat kehilangan lembapan berbanding orang dewasa. Tapi kalau tak dirawat dari awal, kulit yang awalnya lembap pun boleh terdedah kepada risiko kesihatan kulit! Nasib baik ada Johnson’s Milk + Rice Bath!

Produk Johnson’s Milk + Rice Bath telah dipertingkatkan dengan formula baru yang memberikan manfaat  2 kali ganda protein dari susu yang membantu untuk menyuburkan dan melembutkan kulit. Malah, sabun badan dari Johnson’s  Milk + Rice ini juga mampu untuk membasmi 99.9 peratus kuman dengan lembut agar nutrien pada kulit kekal terpelihara.

Johnson’s Milk + Rice Lotion Kembalikan Momen Waktu Kecil Bersama Insan Tersayang

Korang masih ingat lagi momen manis sewaktu bayi dengan ahli keluarga? Mesti tersenyum sendiri kan? Paling seronok bila ahli keluarga yang mandikan dan siapkan kita, Wangi je bau! 

Untuk sempurnakan lagi momen mesra bersama insan tersayang, apa kata korang bertukar kepada  Johnson’s Milk + Rice Lotion untuk penjagaan diri. Produk dengan manfaat 2 kali ganda protein dari susu dan ekstrak beras ini memberikan khasiat pada kulit dan mengekalkan kelembapannya sehingga 24 jam! 

Bukan itu sahaja, produk dari Johnson’s Milk + Rice juga dipenuhi dengan kandungan vitamin dan mineral seperti A, C dan E yang membantu untuk meningkatkan lagi keserian kulit yang gebu dan anjal. Walaupun korang sibuk dengan aktiviti harian, kulit korang akan tetap nampak licin dan sihat!

Johnson’s Milk + Rice Bath & Lotion Sempurnakan Kasih Sayang Seisi Keluarga

Nak serikan lagi masa bersama insan tersayang? Korang boleh cuba kedua-dua produk ini sekaligus! Johnson’s Milk + Rice Bath & Lotion dapat memberikan kelembapan sebanyak 10 kali ganda dan membentuk lapisan perlindungan yang lembut bagi mencegah kemerahan, kekeringan, iritasi pada kulit. Ia juga membantu untuk menghalang kuman dan pencemaran pada kulit badan. 

Lebih lagi, kandungan ekstrak beras dan susu yang terkenal dengan manfaat mencerahkan kulit. Bauan pada produk Johnson’s Milk + Rice juga sangat wangi dan tenang apabila diaplikasikan pada kulit. Seakan di spa!!

Rangkaian produk Johnson’s Milk + Rice inI juga diuji oleh pakar yang berlainan iaitu pakar pediatrik, dermatologi dan oftalmologi yang mengesan keseimbangan pH dan Hypoallergenic untuk melindungi kulit seluruh ahli keluarga. Jadi, bukan sahaja selamat untuk kulit bayi tapi kulit tersayang juga!

Peraduan #KamiSemuaBaby Beri Peluang Korang Jadi Bayi Semula!

Kadang-kadang pernah tak rasa nak jadi baby semula? Haa, kalau macam tu min nak realisasikan impian korang untuk jadi bayi dengan join kontes #KamiSemuaBaby yang dibawa khas oleh Johnson’s Baby!

Apa yang menarik, kontes #KamiSemuaBaby terbuka kepada semua dengan syarat korang perlu berpakaian seperti bayi (jika seorang) atau ambil sekeping gambar bersama ahli keluarga tersayang dengan berpakaian seperti bayi! Masa ni lah korang boleh tunjukkan kecomelan masing-masing!

Selain itu, bila korang nak join kontes ni, make sure setiap gambar yang diambil mesti disertakan dengan  botol Johnson’s Milk + Rice bath & lotion yang diperlihatkan di dalam satu frame dan dapat dilihat dengan jelas! Baru lah approved!

Macam mana nak join? Mudah je!

Langkah 1: Hantar gambar “Kami Semua Baby” korang beserta produk Johnson’s Milk + Rice di dalam satu gambar Pada ruangan komen yang telah di pin oleh akaun Facebook Johnson’s Baby.

Langkah 2: Jangan lupa untuk gunakan #KamiSemuaBaby untuk memenangi pelbagai hadiah menarik!

Langkah 3: 50 penyertaan paling kreatif akan memenangi hadiah menarik bernilai RM10,000 serta setiap gambar akan dipaparkan di halaman Facebook rasmi Johnson’s Baby (JohnsonsBabyMY)

So, tunggu apa lagi?  Dapatkan Johnson’s Milk + Rice bath & lotion di cawangan Watsons dan Guardian yang berhampiran atau laman web e-dagang Watsons, Shopee dan Lazada. Nikmati kebaikannya bersama insan tersayang! Untuk maklumat lanjut, sila ikuti akaun Facebook, Instagram dan Youtube Johnson’s Baby.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas