Connect with us

Oh! Media

Norreen Iman Nafi Tunggang Agama, Berubah Kerana Tahu Itu Yang Terbaik Untuk Diri

norreen iman

Oh! Artis

Norreen Iman Nafi Tunggang Agama, Berubah Kerana Tahu Itu Yang Terbaik Untuk Diri

Ramai yang berikan kata-kata semangat dekat influencer, Norreen iman sejak dia berhijrah. Tapi itulah, dalam ramai-ramai tu mesti ada yang tetap akan persoalkan apa sahaja yang dilakukan kita.

ADVERTISEMENT

Macam sekarang ni, ada pula yang mengecam dan menganggap penghijrahan Norren ni hanya mahu kejar populariti. Apa diorang ingat, kita hidup ni kena puaskan hati manusia ke?

BACA: Norreen Iman ‘Clear’ Almari, Tak Jadi Jual Baju Seksi Dulu Sebab Tak Nak Tanggung Dosa

Sedar dengan perkara itu, Norreen yang ditemui media berkata apa yang dilakukkannya ketika ini adalah secara suka rela dan bukanlah mahu menunggang agama seperti didakwa.

Daripada awal lagi apa yang saya buat, baik mahupun buruk orang akan tetap akan mengata. Jadi, kalau nak bercakap pasal penghijrahan ini mungkin mereka ada tengok orang-orang lain yang gunakan agama.

Tapi, InsyaAllah saya tak. Saya tak fikir nak gunakan agama sebab saya tahu kenapa saya nak berubah.

Dalam pada itu, Norreen turut meluahkan rasa syukur kerana suaminya, Razzi Razak menyokong dan memberikan semangat kepadanya untuk berubah. Itulah yang terbaik, kita doakan sahaja yang baik-baik buat Norreen supaya terus bersemangat untuk berubah.

Kredit: Portal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas