Connect with us

Oh! Media

“Mereka Tiada Hak Buat Adik Saya Begitu” – Abang Akui Arwah Adik Diikat, Dipukul Ada Sejarah Lampau

abang

Oh! Tidak

“Mereka Tiada Hak Buat Adik Saya Begitu” – Abang Akui Arwah Adik Diikat, Dipukul Ada Sejarah Lampau

Sebelum ini, seramai lima orang penghantar makanan telah didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh. Dalam pada itu, abang kepada arwah Shahril iaitu Shah Rizad Samad, 43 mengakui adiknya itu memang ada sejarah lampau (kes jenayah).

ADVERTISEMENT

BACA: Lima Penghantar Makanan Didakwa Atas Tuduhan Membunuh Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut

Bagaimanapun, itu tidak bermakna mereka yang terlibat ada hak untuk memukul hingga adiknya maut.

Rasa puas hati dapat tengok muka semua tertuduh depan mata…

Ya, arwah memang ada sejarah lampau tetapi mereka tiada hak buat adik saya begitu. Sudahlah diikat, kenapa nak belasah lagi dan bagaimana dia nak lindungi dirinya?

Saya dan ahli keluarga puas hati dapat tengok muka semua tertuduh di mahkamah ketika mereka dituduh, sebab memang kami sudah lama nak lihat wajah mereka.

Shah merupakan anak sulung dan berharap agar prosiding mahkamah dapat diselesaikan segera serta berharap agar mahkamah memberikan hukuman setimpal bagi menuntut keadilan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas