Connect with us

Oh! Media

Viral Penyokong Menangis Rai Gol Harimau Malaya, Rupanya Jual Motor Nak Ke Qatar

penyokong

Trending

Viral Penyokong Menangis Rai Gol Harimau Malaya, Rupanya Jual Motor Nak Ke Qatar

Viral di media sosial rakaman memaparkan seorang penyokong Malaysia menangis meraikan pasukan Harimau Malaya menjaringkan gol ketika menentang Korea Selatan di Stadium Al Janoub, Qatar.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Apa Kata Kim Pan Gon Selepas Jurulatih Korea Selatan Rasa Marah Dengan Penalti Malaysia

Dalam klip rakaman pendek itu, abang berambut perang dilihat terkedu seolah-olah tak percaya dengan kebangkitan pasukan Malaysia sehingga air mata jantannya tumpah.

Meninjau ke media sosial, netizen mendedahkan lelaki dikenali sebagai Derrick Gan itu sanggup bergolok bergadai menjual motor Yamaha LC demi penuhi tabung untuk menjejakkkan kaki ke Qatar.

harimau malaya

Pengorbanan yang dilakukan brader dari Melaka ini untuk menyaksikan perlawanan Harimau Malaya di saingan Piala Asia 2023 berbaloi apabila Malaysia berjaya mengikat Korea Selatan 3-3.

Fuh, satu Malaysia menangis sekali tengok semangat yang ditunjukkan penyokong nombor satu negara ini. Malaysia Boleh!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas