Connect with us

Oh! Media

Ikuti 3 Cara Hilangkan Kabus Pada Cermin Kereta Anda, Bantu Elak Kemalangan Di Jalan Raya

Kabus

Oh! Gear

Ikuti 3 Cara Hilangkan Kabus Pada Cermin Kereta Anda, Bantu Elak Kemalangan Di Jalan Raya

Bagi mereka yang sering memandu, mesti akan mempunyai masalah cermin hadapan kereta tiba-tiba berkabus.

ADVERTISEMENT

Kebiasaanya situasi seperti ini akan berlaku khususnya ketika hujan, sehingga menghalang penglihatan pemanduan korang.

Cermin hadapan kereta yang berkabus sangat berbahaya kerana ia boleh mengundang kepada kemalangan di jalan raya.

Sebenarnya ada pelbagai punca yang boleh mengakibatkan cermin hadapan kereta korang berkabus, antaranya:

Punca cermin berkabus

  • Suhu

Antara salah satu punca cermin kereta korang berkabus adalah suhu. Ini kerana perbezaan suhu antara dalam dan luar kereta boleh menyebabkan pengumpulan lembapan yang meningkatkan risiko cermin depan berkabus.

  • Cermin depan kotor

Kotoran, serpihan dan zarah boleh terkumpul pada cermin depan. Tambahan, zarah lembapan lebih mudah melekat pada permukaan yang kotor daripada yang bersih.

Ini menyebabkan cermin depan kereta yang kotor akan menjadi lebih mudah untuk berkabus.

  • Isu mekanikal

Penapis kabin (cabin filter) dicipta untuk mengumpul debunga, habuk dan bahan cemar lain dan membantu mengawal kualiti udara di dalam kenderaan korang.

Haba dan penghawa dingin kereta korang juga menapis melalui penapis kabin.

Namun begitu, serpihan berlebihan di dalam penapis kabin boleh memberi kesan kepada prestasi penyahbeku kereta korang.

Dalam keadaan ini, lebihan serpihan boleh menurunkan kualiti udara dalam kenderaan dan cermin depan menjadi terdedah kepada pemeluwapan yang mengakibatkan kabus.

Jangan panik apabila masalah ini berlaku, berikut adalah cara untuk hilangkan kabus pada cermin kereta korang.

Cara hilangkan kabus pada cermin kereta

  • Tingkatkan haba

Meningkatkan haba di dalam kereta akan membantu korang untuk mengelakkan pengabusan kerana udara panas mengandungi lebih banyak lembapan daripada udara sejuk.

Udara panas di dalam kereta akan mengumpul lembapan, sekali gus menjauhkannya dari cermin depan. Ini akan meminimumkan pengabusan ketika cuaca sejuk.

  • Buka tingkap

Turunkan cermin tingkap korang dan biarkan ia terbuka sedikit selama beberapa minit.

Ini membantu menggabungkan udara lembap di dalam kereta anda dengan udara sejuk dan kering di luar kenderaan korang untuk menghilangkan kabus di cermin kereta.

  • Semak keadaan pendingin hawa kereta

Korang perlu memastikan ia dalam keadaan baik, jika ada masalah segera bawa ia ke bengkel untuk pemeriksaan.

Dalam pada itu, korang perlu memastikan pendingin hawa dalam keadaan baik kerana ia dapat membantu mengurangkan risiko berlakunya masalah kabus pada cermin.

BACA: Membunyikan Hon Kereta Sesuka Hati Boleh Mengundang Kemarahan? Ini Penjelasannya

Sebelum ini kami ada kongsikan kesan membunyikan hon kereta sesuka hati di jalan raya boleh mengundang kemarahan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Leceh sikit tapi demi keselamatan jugak kan?

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • Kabus
  • Kabus

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas