Connect with us

Oh! Media

Tyzo Xander Tunjuk Bukti Kedudukan Rating Sebenar, DJ Lin Paling Corot

tyzo

Trending

Tyzo Xander Tunjuk Bukti Kedudukan Rating Sebenar, DJ Lin Paling Corot

Lepas isu kontrak tak disambung, kecoh pula di media sosial dakwaan segmen kendalian DJ Tyzo dan Sharifah Shahirah menunjukkan penurunan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kemenangan Di ABP Tidak Membantu…” Data Pendengar Suria Petang Kendalian DJ Tyzo Tunjukkan Penurunan

Membuktikan dakwaan tak benar, Tyzo tampil menunjukkan bukti yang ditulis tangan di papan putih oleh Pengurus Besar Suria FM sendiri.

Kata Tyzo, bagi tahun 2022 dan 2023, segmen Suria Petang adalah tertinggi sepanjang 4 kali survey berturut-turut.

Bukti tulisan tangan GM sendiri

Bekas penyampai Suria Petang ini menunjukkan bukti segmen kendaliannya paling teratas. Manakala segmen DJ Lin pada malam tercorot.

Rating survey tersebut adalah perbandingan di antara empat segmen utama stesen radio tersebut iaitu segmen pagi, siang, petang dan malam.

Terdahulu, Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG), Datuk Dr. Mohd Aminuddin Mohd Rouse dalam sidang media pada petang Jumaat, berkata tiada sebab untuk memecat DJ Lin kerana penyampai itu menunjukkan prestasi yang bagus dan mengekalkan rating tertinggi setiap minggu.

BACA: “Rating DJ Lin Tinggi” – Pengerusi SMRG Respon Petisyen Desak DJ Lin Letak Jawatan

Kredit: Instagram Tyzo Xander

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas