Connect with us

Oh! Media

Tapak Bazar Aidilfitri Di Senawang Naik Harga Sehingga RM17,000!

tapak-bazar-ohmedia

Oh! Tidak

Tapak Bazar Aidilfitri Di Senawang Naik Harga Sehingga RM17,000!

Tinggal lagi seminggu umat Islam hendak menjalankan ibadah puasa, muncul satu isu melibatkan harga ‘cekik darah’ tapak khemah bazar Aidilfitri yang ditawarkan penganjur kepada peniaga di Dataran Senawang, Negeri Sembilan.

ADVERTISEMENT

Harga yang biasa ditawarkan oleh Majlis Bandarayq Seremban (MBS) adalah sebanyak RM2,000 hingga RM3,500. Namun telah dinaikkan sesuka hati sehingga mencecah RM17,000 dengan alasan tapak itu berada di bahagian hadapan.

Ketika penganjur membuat permohonan permit tapak bazar itu mereka telah maklumkan harga tawaran sewaan tapak khemah masing-masing dan sekiranya MBS bersetuju, baru kita luluskan.

Yang saya difahamkan harga mengikut saiz khemah antara RM2,000 hingga RM3,500, tapi harga sampai RM17,000 ini memang tak sepatutnya. – Datuk Bandar MBS -“

Mungkin harga baru ini ditawarkan oleh pihak ketiga yang cuba untuk mendapatkan keuntungan lebih dengan menaikkan harga tapak tersebut.

Tapak Bazar

Selain itu, peniaga juga diminta membayar deposit 50 peratus dan perlu selesaikan baki 50 peratus pada 12 Mac 2024. Wang deposit mereka juga tidak akan dikembalikan sekiranya tidak jadi menyewa di tapak itu.

Harap pihak berkuasa pantau sikap segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan dikala umat Islam sedang bertungkus lumus mencari rezeki pada bulan Ramadan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas