Connect with us

Oh! Media

“Dia Kena Gigit..” – Wakil Syarikat Rakaman Bersuara Isu Dakwaan Syasya Dolla Dipukul Kekasih Sampai Lebam

Oh! Artis

“Dia Kena Gigit..” – Wakil Syarikat Rakaman Bersuara Isu Dakwaan Syasya Dolla Dipukul Kekasih Sampai Lebam

Sebelum ini kami melaporkan yang ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal didakwa menjadi mangsa pukul kekasihnya sendiri sehingga menyebabkan tangannya lebam. Biar betul?

ADVERTISEMENT

BACA: “This Is Too Much!” – Peminat Dakwa Syasya Dolla Dipukul Teman Lelaki Hingga Lebam

Terbaru! Menurut laporan mStar, wakil kepada syarikat rakaman Universal Music Malaysia, Amir menjelaskan bahawa lebam di tangan Syasya itu bukanlah akibat dipukul kekasihnya dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Amir juga sempat bergurau dengan mengatakan lebam pada tangan Syasya itu adalah dari gigitan makhluk halus. Kah!

Eh! mana ada, tak betul tu (dipukul). Kami pun tak tahu kenapa tangan Syasya jadi lebam sampai macam itu. Kami sempat gurau cakap mungkin dia kena gigit hantu. Orang lama dulu kata lebam macam tu sebab kena gigit hantu.

Amir akui bahawa tindakan Syasya memuat naik foto lengannya di media sosial telah mengundang kekeliruan dan salah faham dalam kalangan peminatnya.

Biasalah budak budak nak tunjuk tangan ada lebam sikit tapi ada pula peminat yang overreact. Tiada siapa pukul Syasya.

Korang ni pandai-pandai jer buat cerita. Walau bagaimanapun, tak dapat dipastikan apakah punca sebenar artis ‘favourite’ korang tu lebam tangannya. Tunggu sajalah tuan badan beri penjelasan nanti ya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas