Connect with us

Oh! Media

“Konon Nak Rebut Awak” – Fizi Ali Tak Kisah Dilabel ‘Terpaling Bapak’ Demi Anak

anak fizi ali

Oh! Artis

“Konon Nak Rebut Awak” – Fizi Ali Tak Kisah Dilabel ‘Terpaling Bapak’ Demi Anak

Penyampai radio, Fizi Ali tidak kisah dilabel ‘terpaling bapa’ demi memastikan anak tunggalnya, Ameena Sofia bahagia.

ADVERTISEMENT

BACA: “Balik Rumah Saya Asyik Nangis” – Kahwin Kali Kedua, Fizi Ali Bagai Mati Hidup Semula

Luahan isi hati itu dibuat Fizi menerusi satu hantaran di Instagram bersempena dengan ulang tahun kelahiran Ameena yang ke-5 tahun.

Fizi Ali ucap hari jadi anak

Dengan penuh rasa sebak, Fizi berkata dia tak dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama anak seperti bapa yang lain. Tetapi dia berjanji akan membuat Ameena manusia paling bahagia apabila berpeluang untuk berjumpa.

Kalau satu hari nanti Daddy dah tak ada, Daddy harap awak tengok balik semua video-video ni. Khas untuk awak sayang.

Fizi juga tak peduli kata-kata orang kononnya dia mahu merebut Ameena daripada bekas isteri asalkan Ameena mendapat kasih sayangnya.

Kredit: Instagram Fizi Ali

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas