Connect with us

Oh! Media

Lexis Hibiscus Port Dickson Sambut Tahun Baru Dengan Karnival Countdown NEON CIRCUS, Meriah Habis!

lexis hibiscus

Branded

Lexis Hibiscus Port Dickson Sambut Tahun Baru Dengan Karnival Countdown NEON CIRCUS, Meriah Habis!

Kalau tahun lalu Lexis Hibiscus Port Dickson sajikan tetamu dengan Karnival Countdown Funtastic 2022, tahun 2023 mereka membawa tema NEON Circus pula.

Kira-kira 2,000 tetamu hotel turut serta untuk sambutan tahun baru malam tadi. Seawal 5 petang macam-macam aktiviti menarik tersedia sehinggalah malam kemuncak iaitu countdown pada jam 12 tengah malam.

BACA: Lexis Hibiscus Port Dickson Buat Zoo Atas Laut? Ini 5 Aktiviti Best Boleh Buat Hujung Tahun 2022

Memang meriah habis geng! Bayangkan di bawah langit bintang dan di tengah-tengah bayu laut, korang boleh menikmati persembahan live band, pameran haiwan, carnival games, fire show dan macam-macam lagi.

lexis hibiscus
lexis hibiscus

Sambil berseronok dengan keluarga, tetamu juga dihidangkan makan malam BBQ buffet menampilkan pilihan menu tempatan dan antarabangsa. Cakap je nak apa, semua ada!

tahun baru
lexis hibiscus

Presiden Lexis Hotel Group, Dato’ Prof. Mandy Chew Siok Cheng berkata, pasukannya yang berdedikasi komited memberikan tetamu peluang untuk menikmati keseronokan dan meraikan tahun baru dengan meriah.

fire show lexis hibiscus

Yang paling best, beliau mengumumkan sambutan tahun baru pada tahun hadapan akan diadakan di hotel terbaru mereka iaitu Imperial Lexis Kuala Lumpur.

Hotel kami akan memiliki pemandangan kota yang tidak tertandingi, menjanjikan malam yang memukau. Bersiaplah untuk meraikan dengan kami sambutan Tahun Baru yang bergaya dan mewah di Imperial Lexis Kuala Lumpur.

Pendek kata, Lexis Group sentiasa akan tampil dengan acara akhir tahun yang menyeronokkan! Tetamu bertuah di Karnival Countdown Neon Circus malam tadi siap bawa pulang hadiah lucky draw tau.

Antara hadiah yang disediakan adalah pakej penginapan dua hari 1 malam di rangkaian hotel terkemuka mereka di seluruh Malaysia. Wow!

Fuh, tak sabar nak tunggu sambutan tahun baru 2025 pula. Apa-apa pun, terima kasih Lexis Hibiscus!

Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara akan datang, sila layari https://www.lexishibiscuspd.com/

Berhubung dan kongsi momen #MYLexis kegemaran anda di @lexishibiscus di Instagram, @lexishibiscuspd di Facebook, dan @lexishotelgroup di TikTok.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas