Connect with us

Oh! Media

Tragedi Kel*r Anak Sendiri, Ibu Kandung Berubah Sikap Beberapa Hari Sebelum Kejadian

kelar bayi

Trending

Tragedi Kel*r Anak Sendiri, Ibu Kandung Berubah Sikap Beberapa Hari Sebelum Kejadian

Seorang wanita berusia 32 tahun ditahan polis selepas disyaki mengelar anak kandungnya sendiri. Kejadian itu berlaku di sebuah rumah terletak di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru pada Sabtu.

ADVERTISEMENT

Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar, siasatan awal mendapati suspek telah menghantar gambar mangsa yang berlumuran darah pada leher melalui aplikasi WhatApps kepada suaminya.

kelar bayi

Di tempat kejadian, polis menemui sebilah pisau dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan.

Terbaru, ahli keluarga yang enggan dikenali berkata, suspek berubah sikap menjadi lebih pendiam dan kurang bercakap beberapa hari sebelum kejadian.

Perubahan itu dikesan sejak Jumaat sebelum suaminya keluar bekerja di sebuah kilang di Tanjung Langsat, Pasir Gudang.

Suaminya ada beritahu isterinya menjadi pendiam beberapa hari sebelum kejadian, kurang bercakap.

Kata ahli keluarga lagi, suami ada meluahkan rasa risau meninggalkan isteri untuk pergi bekerja sebelah pagi kerana pada malam sebelum itu isteri dilihat hanya diam.

Mereka kerap pulang ke kampung halaman, hampir setiap minggu. Kali terakhir mereka pulang adalah pada awal Ramadan, sempat menyambut puasa bersama.

Ahli keluarga turut terkejut kerana keadaan suami isteri itu baik-baik sahaja dan setahu mereka suspek tidak sakit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pihak polis masih menyiasat motif serta punca sebenar kejadian.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas