Connect with us

Oh! Media

Isteri Abang Viva Jawab Dakwaan Rumahtangga Goyah

isteri abang viva

Trending

Isteri Abang Viva Jawab Dakwaan Rumahtangga Goyah

Kecoh di media sosial apabila sukarelawan banjir, Abang Viva dan isterinya Evanoza Zakaria berbalas-balas status di TikTok.

ADVERTISEMENT

Ramai yang meneka rumahtangga pasangan ini dilanda badai apabila masing-masing meluahkan apa yang terbuku di hati.

BACA: “Mungkin Aku Belum Cukup Baik Untuk Kau, Cari La Yang Lebih Baik” – Isteri Abang Viva

Memetik laporan mStar, Evanoza atau lebih mesra dipanggil Eva mengakui sedang melalui fasa sukar. Hal jodoh, dia hanya berserah kepada Allah SWT.

abang viva

Benda ni masih baru, saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya serahkan kepada Allah.

Kalau Allah kata panjang, maka panjanglah ia. Kalau Allah kata setakat itu saja, maka kami akan ambil langkah seterusnya.

Eva berkata lagi, sehingga kini mereka masih berhubung dan bercakap seperti biasa tetapi tidak mesra. Mengenai live Abang Viva berkata mahu keluar rumah, ini respon Evanoza pula.

isteri abang viva

Bila suami buat live tanpa bincang dengan kita, kata dia nak keluar rumah, kemudian orang forward pula video pada saya.

Dia buat live, lepas tu dia cakap dalam live dia nak tinggal berasingan. Masa tu saya di Kemaman.

Tapi dia masih ada di rumah, kiranya kami masih duduk bersama masih sebumbung. Tapi bila dia buat live dulu, dia macam mengundang netizen untuk terjemah.

Isteri Abang Viva berkata lagi, mereka sebenarnya bergaduh disebabkan hal dalaman dan kini masing-masing mengambil masa untuk mengubati hati.

Apa-apa pun, semoga rumahtangga Abang Viva dan isteri kembali bahagia seperti dulu. Diharapkan ada jalan penyelesaian kepada apa sahaja kemelut yang timbul.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas