Connect with us

Oh! Media

Yusof Haslam Dedah Isteri Rindu Dan Berharap Anak Pulang, Netizen Anggap Syamsul Yusof Terlalu Ego Sebab Penyondol?

Oh! Artis

Yusof Haslam Dedah Isteri Rindu Dan Berharap Anak Pulang, Netizen Anggap Syamsul Yusof Terlalu Ego Sebab Penyondol?

Sewaktu ditemubual oleh pihak mStar, pengarah Datuk Yusof Haslam mengatakan yang dia tahu bahawa isteri, Datin Patimah sering kongsikan pelbagai hantaran di Instagram Story kerana rindu pada anak, Syamsul Yusof serta mahu jernihkan keadaan.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, dia turut menasihati isteri untuk tenang menangani isu yang sedang berlaku di antara anak lelaki dan menantu kesayangan, Puteri Sarah.

Bukan tu jer, Yusof Haslam sebagai bapa sangat berharap kemelut rumah tangga anaknya itu mempunyai jalan penyelesaian.

Dia seorang ibu, dia rindukan kasih sayang anak dia dan berharap anak dia balik berjumpa.

Selepas pihak mStar memuat naik posting mengenai artikel ini, rata-rata netizen menasihati Syamsul untuk tidak derhaka pada ibu kandungnya itu menerusi ruangan komen.

Ada juga yang merasakan perbuatan dilakukan Syamsul itu sememangnya tidak wajar dan mendakwa kehidupan tidak akan tenang selagi belum memohon maaf kepada Datin Patimah.

Yusof Haslam Syamsul Yusof

Sekadar info, sebelum ini Syamsul mendedahkan di Instagram bahawa dirinya sudah pun bernikah untuk kali kedua bersama Ira Kazar di Thailand, berwalikan bapa wanita tersebut iaitu pelakon veteran, Kazar.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas