Connect with us

Oh! Media

“Lemah Longlai Badan Saya” – Bapa Arwah Menangis, Tak Sanggup Tengok Video Hingga Habis

Trending

“Lemah Longlai Badan Saya” – Bapa Arwah Menangis, Tak Sanggup Tengok Video Hingga Habis

Hari ini, negara kita dikejutkan dengan kejadian menyayat hati di mana seorang suami hanya mampu meraung menangis melihat isteri tercinta meninggal dunia akibat tersepit dalam kereta terbakar.

ADVERTISEMENT

BACA: “Biy Tak Tinggal Awak Yang” – Kemalangan Tiga Kenderaan, Suami Meraung Isteri Terbakar Depan Mata

Memetik Harian Metro, bapa kepada mangsa maut Nurul Nazihah iaitu Kamalul Arifin Ahmad meluahkan rasa luluh hati dan tubuhnya menggigil apabila dimaklumkan anaknya meninggal dunia terperangkap dalam kereta terbakar.

Lemah longlai lepas tengok video

Bapa juga mengalirkan air mata dan tak mampu menghabiskan rakaman apabila mendengar menantunya, Reduan Jamil meraung.

Ahli keluarga menunjukkan video tular kereta dinaiki Azi marak terbakar, lemah longlai badan saya, malah isteri paling sedih kerana mereka berdua sangat rapat.

Namun, hati dia dan isteri sedikit terubat apabila mendapat tahu jenazah anak ditemui dalam keadaan duduk sempurna walaupun kereta hangus terbakar.

“Azi pulang ke kampung dalam keadaan begini”

Katanya kali terakhir berhubung dengan arwah adalah dua hari lalu. Arwah memaklumkan mahu pulang ke kampung.

Saya terkilan dan ralat, Azi pulang ke kampung dalam keadaan begini akhirnya.

Sementara itu, pelakon Sharnaaz Ahmad memohon orang ramai tak berkongsi video rakaman kemalangan tersebut untuk menghormati keluarga mangsa.

Katanya, kejadian ini sungguh berat untuk ahli keluarga dan dia sendiri tak akan pernah menonton video itu.

Semoga ahli keluarga arwah tabah dengan kehilangan ini. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.

Kredit: Harian Metro | Sharnaaz Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas