Connect with us

Oh! Media

“Kami Juga Akan Balas Mereka Dengan Saman Fitnah Lebih Keras” – Peguam Intan Saleh

peguam intan saleh

Oh! Artis

“Kami Juga Akan Balas Mereka Dengan Saman Fitnah Lebih Keras” – Peguam Intan Saleh

Peguam yang mewakili Intan Liana Saleh iaitu Mahmud Jumaat menepis dakwaan kononnya menarik diri daripada kes saman membabitkan pelakon Izreen Azminda.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ni Lagi Sekor, Drama Kuat” – Izreen Azminda Hilang Sabar Dengan Intan Salleh, Nama Biras Pun Kena Petik

Beliau berasa terpanggil untuk menjawab selepas menerima mesej daripada netizen yang mahukan penjelasan.

peguam

Menerusi satu hantaran di Instagram, peguam berpendapat anak guamnya tak perlu mengalah kerana apa yang diperjuangkan bukanlah untuk dirinya seorang tetapi mewakili seluruh wanita di luar sana.

peguam intan saleh

Peguam bagaimanapun tak dapat mengulas lanjut mengenai kes kerana ianya sedang berjalan di mahkamah.

Tetapi beliau percaya anak guamnya perlu mempertahankan diri apabila pihak sana berkeras dengan tindakan saman untuk menyelesaikan masalah.

Yang saya boleh katakan perjalanan kes saman fitnah agak mencabar dan mengambil masa yang lama memandangkan kami juga akan membalas mereka dengan saman fitnah yang lebih keras sekaligus melibatkan kos yang tinggi.

Kata Mahmud, wajah Intan sangat sugul dan tertekan apabila menerima surat saman daripada pihak sana. Malah, Intan juga sedia maklum kos untuk kes fitnah bukan murah. Tetapi anak guamnya tak ada pilihan lain.

Bekas isteri pemuzik Ude Wahid ini memilih untuk berjuang kerana merasakan maruahnya telah dipijak. Buat masa ini, biarlah mahkamah yang menentukan kebenaran dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk kedua-dua pihak.

Terdahulu, pelakon Izreen Azminda meluahkan rasa berang mendakwa sudah bertahun-tahun dibuli bekas madunya itu di media sosial.

Katanya, selama ini dia hanya berdiam kerana menghormati suami tetapi Intan dikatakan melampau batas.

Kredit: Instagram Mahmud_Jumaat

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas