Connect with us

Oh! Media

Tiket Kapal Terbang Dengan Hotel All In RM379 Je? Gunalah Journify Fly & Stay. Jimat Banyak~

Branded

Tiket Kapal Terbang Dengan Hotel All In RM379 Je? Gunalah Journify Fly & Stay. Jimat Banyak~

Part paling ‘mencabar’ sebelum bercuti semestinya masa nak merancang percutian.

Nak kena bandingkan harga flight, nak pilih hotel yang menepati citarasa dan paling penting kalau boleh nak bayar dengan harga paling menguntungkan. 

Tapi korang tau tak, sebenarnya semua ni korang boleh dapat dari satu platform iaitu ‘Journify Fly & Stay’, produk inovasi baru untuk pengalaman perjalanan dan gaya hidup milik Malaysia Aviation Group (MAG) dengan kerjasama Clarity TTS, penyedia Perisian sebagai Perkhidmatan Perjalanan (SaaS) yang terkenal. 

Platform baru ini hanya memudahkan urusan, bahkan membolehkan korang untuk membandingkan dan menempah pakej penerbangan dan penginapan dalam satu transaksi yang lancar.

Pakej Penerbangan + Penginapan Bermula Dari RM379!

Dengan Journify Fly & Stay, korang kini boleh memulakan percutian yang mengasyikkan dengan pakej penerbangan + hotel bermula dari hanya RM379 untuk 3 hari 2 malam. Syok tu!

Get ready untuk pack bagasi korang untuk pengalaman pengembaraan yang penuh keterujaan.

Perluasan Khidmat Perjalanan Journify

Dengan pakej Fly & Stay,  Journify kini memperluaskan suite perkhidmatannya yangmerangkumi pas perjalanan, tiket tarikan, pakej pelancongan, pengangkutan lapangan terbang, dan banyak lagi. 

So korang ada akses mudah untuk merancang seluruh percutian korang sepenuhnya hanya di satu platform yang mesra pengguna. Tak payah pening nak download banyak-banyak apps!

“Di Journify, kami menakrifkan semula pengalaman perjalanan, melampaui kebiasaan untuk menyajikan pelbagai perkhidmatan yang luar biasa.

Dari penginapan mewah hingga tarikan mengasyikkan, lawatan imersif, dan pengangkutan darat yang lancar, kami bukan hanya platform tempahan; kami adalah pasport anda ke pengembaraan perjalanan yang lancar – semua boleh diakses dalam keselesaan satu platform.”- Philip See, Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Kesetiaan & Perjalanan di Malaysia Aviation Group (MAG).

Selain tu, setiap mata ganjaran yang terkumpul juga boleh ditebus, menjadikan Journify teman perjalanan yang lengkap untuk travelling masa kini.

Dengan inventori global lebih dari 700,000 hotel di seluruh dunia dan pakej-pakej yang mesra bajet untuk penerbangan dan hotel, korang kini boleh memilih dari pelbagai pakej yang boleh disesuaikan dengan minat dan bajet korang.

Sama ada untuk berehat di pantai berpasir, meneroka pengalaman budaya atau mencari pengembaraan yang meningkatkan adrenalin di seluruh dunia, termasuk destinasi yang dilayani oleh rakan-rakan oneworld – Journify menawarkan pilihan yang sesuai dengan keutamaan setiap pelancong.

Nak lagi?

Nikmati diskaun 5% bila korang gunakan kod promosi [BETTERJOURNEYS] ketika membuat tempahan.

Korang juga berpeluang untuk memenangi pakej Fly & Stay ke Tokyo! Jom kunjungi Journify di MATTA Fair hujung minggu ini dan sertai aktiviti-aktiviti menarik untuk rebut peluang ini. 

Tarikh: 22 Mac 2024 (Jumaat) – 24 Mac 2024 (Ahad)

Tempat: Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)

Tunggu apa lagi? Layari holidays.myjournify.com untuk lock pakej Journify Fly & Stay korang.

Get ready untuk kemas beg dan mulakan pengembaraan idaman hanya dengan Journify.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas