Connect with us

Oh! Media

“Betullah, Apa Salahnya?” – Safee Sali Jawab Persoalan Kahwin Baru

safee sali

Oh! Artis

“Betullah, Apa Salahnya?” – Safee Sali Jawab Persoalan Kahwin Baru

Bekas pemain bola sepak negara, Safee Sali dengan tenang mengakui sudah berkahwin baru ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Selangor.

ADVERTISEMENT

BACA: Safee Sali Sah Ceraikan Fitria Elfina Dengan Lafaz Talak Dua

Safee berkata tiada apa yang salah untuknya berkahwin dengan wanita lain kerana ianya halal.

Betullah (saya sudah berkahwin), apa salahnya? Bagi saya yang halal tiada salah, jadi kita teruskan sahaja kehidupan.

Saya pun tidak lepas daripada melakukan dosa kerana masing-masing ada melakukan dosa. Sebaliknya saya belajar daripada apa yang terjadi.

Safee Sali jelaskan mengapa anak-anak tidak dapat berjumpa dengan ibunya…

Dalam pada itu Safee turut menjelaskan anak-anaknya kini dalam tanggungjawabnya dan kes masih dalam prosiding mahkamah.

Alhamdulillah semua anak saya dalam keadaan sihat dan mereka pun puasa penuh (sepanjang Ramadan) ini.

Tentunya sebagai seorang bapa, saya ingin melihat anak-anak berada dalam keadaan terbaik terutama dari segi keselamatan dan pendidikan.

Dalam artikel sebelum ini, hubungan suami isteri antara Safee dan Fitria yang terbina sejak 11 tahun lalu disahkan terlerai dengan talak dua.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas