Connect with us

Oh! Media

Ibu Tak Sempat Tarik Anak Sebelum Jatuh Dari Tingkat 16

jatuh bangunan

Trending

Ibu Tak Sempat Tarik Anak Sebelum Jatuh Dari Tingkat 16

Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 Bangunan Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh semasa ibu dan bapanya sedang tidur semalam.

ADVERTISEMENT
tingkat 16

Pihak polis daerah Sungai Buloh telah menerima laporan berkenaan insiden itu pada jam 4.28 petang lalu anggota mereka bergegas ke lokasi kejadian.

Ketika ibu mangsa bangun dari tidur, beliau mendapati anak bongsunya itu berada di bahagian luar tepi jendela di ruang tamu yang telah terbuka tetapi tidak sempat mendapatkan mangsa sebelum mangsa terjatuh ke bawah.

Satu kertas siasatan kes mati mengejut telah dibuka berkait kejadian tersebut dan ibu bapa mangsa juga akan diambil keterangan dalam masa terdekat.

Hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak tersebut meninggal dunia di lokasi kejadian. Pihak polis juga memaklumkan kepada sesiapa yang ada maklumat berhubung kejadian itu boleh terus hubungi mereka.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas