Connect with us

Oh! Media

Shuk Sahar Dedah Dapat Surat ‘Resign’ Dari Stesen Radio Era Sebab Ini Jer?

Shuk Sahar

Oh! Artis

Shuk Sahar Dedah Dapat Surat ‘Resign’ Dari Stesen Radio Era Sebab Ini Jer?

Tahu tak yang pelawak, Shuk Sahar juga pernah ditamatkan kontrak di stesen radio Hot FM disebabkan kontroversi curang sehingga menjadi bualan ramai sebelum ini?

ADVERTISEMENT

Terbaru! Menerusi satu podcast yang dikongsikan Jalal Misai di Twitter, Shuk Sahar mendedahkan yang dia juga pernah kena pecat di stesen radio Era. Korang tahu tak yang dia pernah jadi penyampai Era dulu?

Pada hari raya pertama, dia telah dijadualkan untuk bertugas tetapi kerana mahu pulang ke kampungnya di Pulau Pinang dia membuat satu tindakan ‘berani mati’.

Shuk juga berkata yang rakaman segmen tersebut telah dilakukan lebih awal dan meminta rakan-rakannya untuk menyamar menjadi pemanggil di talian.

Aku datang (konti) malam raya tu. Aku rekod siap siap, sepatutnya show tu tak boleh rekod. Aku suruh kawan-kawan menyamar jadi pemanggil

Keesokan hari, dia bergerak ke Pulau Pinang pada jam 6.30 pagi dan sewaktu hampir sampai destinasi dia telah dihubungi oleh majikannya.

Bos radio call aku suruh ubah lagu sebab lagu tu dah nak padam. Aku terdiam, mula mula dia telefon tu aku siap pasang radio bagi dengar macam suasana konti.

Masa dia cakap padam tu muka aku dah pucat. Aku cakap, ‘bos saya dah nak sampai ni’. Dia maki aku, dia cakap ‘minggu depan kau datang ambil surat resign’

Shuk Sahar

Kredit: Twitter Jalal Misai

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas