Connect with us

Oh! Media

“Berjoget Ke Tu” – Video Aksi Syed Saddiq Main Badminton Jadi Bahan Gurauan Netizen

Trending

“Berjoget Ke Tu” – Video Aksi Syed Saddiq Main Badminton Jadi Bahan Gurauan Netizen

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik video bermain badminton bersama rakannya menerusi Twitter.

ADVERTISEMENT

BACA: “Hari Terakhir!” – Syed Saddiq Siap Sedia Botakkan Kepala

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Syed Saddiq ke sana ke mari menantikan bulu tangkis yang mahu dipukul namun akhirnya terkena libasan salah seorang rakannya.

Video tersebut menjadi perhatian ramai dengan rata-ratanya mengkritik gaya permainan yang ditunjukkan bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Di ruangan komen, warganet berseloroh dengan mempersoalkan sama ada Syed Saddiq mahu berjoget ataupun bermain badminton.

Syed Saddiq akan belajar main badminton

Memberikan respon terhadap komen-komen netizen itu, Syed Saddiq tampil membuat ciapan mengatakan bahawa beliau akan mula belajar bermain badminton dengan menyertai kelas latihan.

Tak apa gang, kita bagi peluang mana tahu lepas join kelas, Syed Saddiq akan setanding pemain badminton dunia kan?

Kredit: Twitter Syed Saddiq

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas