Connect with us

Oh! Media

Kalau Perasan Orang Dah Jarang Ajak Lepak Mamak! Jom Cuba 5 Kafe ‘Asthetic’ Buka Sampai Lewat Malam

kafe

Oh! Travel

Kalau Perasan Orang Dah Jarang Ajak Lepak Mamak! Jom Cuba 5 Kafe ‘Asthetic’ Buka Sampai Lewat Malam

Jom lepak kafe! Boleh dikatakan kesemua rakyat Malaysia bersatu hati dalam satu hal iaitu memilih restoran mamak sebagai tempat untuk bertemu dengan rakan kenalan kerana pembukaan premis yang selalu dibuka hingga lewat malam.

ADVERTISEMENT

Korang tak nak explore tempat baru ke, macam kafe-kafe estetik di Kuala Lumpur & Selangor yang buka hingga larut malam?

Tak tahu kafe mana yang buka hingga lewat malam? Jangan risau, jom tengok 5 kafe ‘asthetic’ yang buka hingga lewat malam di bawah!

1. Kopi Kubo, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 6 pagi hingga 5:30 pagi

Ini merupakan kafe yang baru saja viral tau di Kuala Lumpur. Memang sangat vibe lah kalau korang nak lepak dengan kawan-kawan sampai azan Subuh esok harinya!

Pengunjung pun boleh pilih sama ada mahu duduk di ruangan dalam kafe ataupun di luar. Kami suggest duduk di luar sebab keistimewaan kafe ini adalah ‘treehouse cafe’ (kafe di atas pokok). Tapi mungkin kena berebut sikit sebab kerusi agak limited di bahagian tersebut.

2. Big Boss HSP, SS15

Waktu operasi: 5 petang hingga 1:30 pagi (Jumaat & Sabtu), 5 petang hingga 11:30 malam (hari lain)

Siapa saja yang tak kenal dengan tempat yang menjual hot snack pack, di mana kentang goreng dibanjiri dengan isi ayam dan daging berserta tiga jenis sos yang berbeza! Boleh dikatakan sangat berbaloi untuk korang yang jenis senang lapar di malam hari.

Tapi Big Boss HSP ini hanya buka hingga lewat malam pada hari Jumaat dan Sabtu saja.

3. Hungry Tapir, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 12 malam (Jumaat & Sabtu), 12 tengah hari hingga 10 malam (hari lain)

Bak kata ‘mat saleh’ eat clean. Kalau korang nak tahu, makanan di kafe Hungry Tapir ni semuanya vegan tau. ‘Daging’ burger yang mereka gunakan bukanlah daging lembu tetapi ubi bit merah.

Yang paling mengejutkan, burger yang diberi nama Pink Bombshell sangat sedap walaupun seseorang itu tidak mengamalkan vegan lifestyle. Korang wajib cuba sebab hidangan ini merupakan salah satu menu terlaris di kafe tersebut.

4. Whatever Works Coffee, Kampung Datuk Keramat

Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 12 malam

Vibe hiasan dalaman yang antik dan mengimbau kenangan inilah penyebab kafe Whatever Works Coffee (WWW) menjadi pilihan anak muda lepak hingga lewat malam.

Bukan saja menghidangkan air kopi yang sedap, malah kadang-kadang mereka juga menjemput penyanyi membuat persembahan di sana bagi menghiburkan pengunjung.

5. Bartolo Lisboa Bakehouse

Waktu operasi: 10 pagi hingga 11:30 malam (Khamis), 10 pagi hingga 9 malam (hari lain)

Mudah untuk kunjungi dan paling syok sebab tak perlu berebut! Boleh dikatakan Lisboa Bakehouse ini tidaklah viral seperti kafe-kafe yang lain tetapi kelainannya adalah pemilik kafe ini merupakan orang Portugis. Jadi kebanyakan makanan dan pastri yang dibuat mempunyai rasa asli Portugis.

Kafe ini betul-betul berdekatan dengan pintu belakang Central Market. Malah, kalau pengunjung pilih untuk duduk di bahagian luar, viewyang akan mereka lihat adalah The River Of Life Kuala Lumpur.

Kredit: Beautifulnara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas