Connect with us

Oh! Media

Ruhainies Akhirnya Putuskan Hubungan Dengan Aliff Aziz

ruhainies

Oh! Artis

Ruhainies Akhirnya Putuskan Hubungan Dengan Aliff Aziz

Selepas hampir dua bulan kisah mereka menjadi bualan hangat masyarakat, aktres Ruhainies akhirnya bersuara dan mendedahkan dia tidak lagi berhubung dengan aktor tinggi lampai, Aliff Aziz.

ADVERTISEMENT

BACA: “Sampai Hati Abang Tipu” – Didi Astillah Dedah Podcast ‘Plan’ Aliff Dan Ruhainies Yang Terakhir?

Ujar pelakon berusia 31 tahun itu, fokusnya kini hanya pada kerja dan enggan mengeruhkan lagi keadaan sedia ada. Tambah Ruhainies, dia juga berasa tiada lagi keperluan untuk berkomunikasi dengan aktor kelahiran Singapura tersebut selepas tamatnya penggambaran drama tersebut.

Ruhainies tak mahu keluarkan apa-apa kenyataan lagi…

Bila ada kenyataan baru, takut tiada penghujung. Semua orang termasuk netizen dah penat sebab isu ini sudah semakin melarat hampir dua bulan.

Dalam pada itu, Ruhaineis juga menambah dia kini mahu menutup buku dan membuka buku yang baharu dengan memberikan fokus sepenuhnya pada kerjayanya.

Ruhainies akui dah tiada makna lagi hubungi Aliff Aziz…

Saya pun dah minta maaf. Harap semua pihak boleh ‘move on’ daripada saga ini. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia (Aliff dan Bella) lagi. Jadi fokus saya sekarang adalah karier.

Mungkin itulah kot yang terbaik buat Ruhainies. Semoga berjaya lah ya…

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas