Connect with us

Oh! Media

“Daripada Khairul Aming, Saya Masih Memilih Vivy Untuk Dapat Dana Khazanah” – Netizen

khairul aming

Oh! Artis

“Daripada Khairul Aming, Saya Masih Memilih Vivy Untuk Dapat Dana Khazanah” – Netizen

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai influencer dan juga usahawan, Khairul Aming sememangnya menjadi inspirasi kepada kita semua.

ADVERTISEMENT

BACA: Khairul Aming Cipta Sejarah, Sales RM1 Juta Terpantas Dalam Masa 3 Minit Je

Terkini, Khairul berjaya mencipta rekod dengan menjual produk kedua, Dendeng Nyet Berapi di aplikasi TikTok sebanyak 80,000 unit dalam masa 3.39 saat dengan hasil jualan kira-kira RM1.2 juta.

Disebabkan kejayaan ini, ada yang berpendapat Khairul layak menerima dana daripada Khazanah untuk memperluaskan lagi perniagaannya hingga ke peringkat lebih tinggi.

Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikan pendapat ini dan merasakan Khairul masih belum layak.

Individu persoal apa sahaja yang boleh ditawarkan Khairul Aming berbanding Vivy Yusof?

Individu ini merasakan usahawan wanita, Vivy lebih layak kerana sudah berjaya membawa produk hingga ke peringkat Asia Tenggara.

Daripada dia (Khairul Aming), saya lebih suka jika ia diberikan kepada Vivy. Dia menerima pekerja dari pelbagai latar belakang dan bekerjasama dengan keluarga diraja.

Dia juga memperluaskan jenamanya di seluruh Asia Tenggara. CNN ada sebutkan namanya dan Malaysia. Apa yang ditawarkan Khairul Aming ni?

Pandangan individu ini bagaimanapun dikecam yang rata-ratanya berpendapat tidak adil untuk membandingkan kejayaan dua usahawan ini kerana mempunyai latar belakang yang berbeza.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas