Connect with us

Oh! Media

“Syukur Aku Dikurniakan Mak Kandung & Mak Mertua Yang Tidak Berfikiran Seperti Ini..” – Beto Kusyairy

beto kusyairy

Oh! Artis

“Syukur Aku Dikurniakan Mak Kandung & Mak Mertua Yang Tidak Berfikiran Seperti Ini..” – Beto Kusyairy

Setiap orang ada timeline mereka sendiri yang sudahpun diaturkan Allah SWT. Begitu juga dengan rezeki untuk mendapatkan anak seperti pelakon, Beto Kusyairy yang masih belum diberikan rezeki itu walaupun sudah 16 tahun mendirikan rumah tangga.

ADVERTISEMENT

Jadi, siapa kita nak persoalkan rezeki zuriat ni? Itulah yang dihadapi Beto apabila ada individu yang mempersoal Beto dan isteri.

Beto turut berkongsi tangkap layar komen individu terbabit di Instagram.

Individu kata zuriat yang terputus amat menyedihkan…

Jika saya ibu kepada Beto, besar harapan untuk melihat zuriat. Mungkin si isteri boleh berkorban di sini. Isi hati seorang ibu kepada 3 anak lelaki yang masih bujang. Cinta boleh disemai, generasi dan zuriat yang terputus amatlah menyedihkan.

Beto dalam perkongsian itu turut mengucapkan rasa syukur kerana tidak dikurniakan ibu kandung dan ibu mertua seperti apa yang dikatakan individu terbabit.

Syukur Alhamdulillah, aku dikurniakan mak kandung dan mak mertua yang tidak berfikiran seperti ini. Love you mummy dan mama.

Ohmedia nasihatkan jika tidak ada benda baik nak dikatakan, diam sahaja. Tak perlu cakap atau komen apa-apa. Doakan sahaja yang baik-baik ok.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas