Connect with us

Oh! Media

Dah Berpisah Baru Tahu Anak Bukan Darah Daging Sendiri, Tegar Septian Dakwa Ditipu

tegar septian

Oh! Artis

Dah Berpisah Baru Tahu Anak Bukan Darah Daging Sendiri, Tegar Septian Dakwa Ditipu

Selepas berpisah dengan isterinya tahun lalu, penyanyi dari Indonesia, Tegar Septian kini tampil pula mendedahkan bahawa anak hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Sarah Sheilka adalah bukan dari benihnya.

ADVERTISEMENT

BACA: Kahwin Muda Sebab Elak Zina, Tegar Septian Umum Dah Berpisah Selepas Dua Tahun

Tegar memaklumkan perkara itu di TikTok ketika menjawab persoalan pengikutnya dan dia hanya mengetahui hal tersebut selepas bercerai pada Jun 2022.

Baru tahu lepas bercerai…

Baru saya tahu sebelum ini saya telah ditipu. Betul dia hamil sebelum kami nikah. – Katanya.

Sebelum ini, Tegar mengakui mengahwini bekas isterinya kerana tahu Sarah sudah hamil ketika mereka menjalinkan hubungan bersama. Tegar kemudian pasrah dengan berita itu dan buat keputusan untuk mengahwini Sarah kerana sangkakan anak dalam kandungan adalah dari benihnya.

Selepas saya bertemu dan bersama Sarah, dia maklumkan dirinya hamil. Saya jadi bingung ketika itu, jadi pasrah sahaja untuk bernikah.

Dakwaan ini agak berat sebenarnya dan setakat ini masih belum lagi ada kenyataan dari bekas isterinya, Sarah.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas