Connect with us

Oh! Media

Perdana Menteri Umum Kadar Tol 6 Lebuh Raya Akan Turun Mulai 20 Oktober Ini

Trending

Perdana Menteri Umum Kadar Tol 6 Lebuh Raya Akan Turun Mulai 20 Oktober Ini

Berita baik buat semua warga kota apabila kadar tol bagi enam lebuh raya di Lembah Klang bakal berkurangan selepas perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

ADVERTISEMENT

BACA: Sempena Aidilfitri, Kerajaan Umum Tol Percuma Dan Diskaun Sehingga 50 Peratus

Memetik laporan daripada The Star, keputusan itu dibuat Perdana Menteri selepas mengambil kira kenaikan kos sara hidup yang dihadapi rakyat di negara ini.

Bagi menunjukkan keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi rakyat akibat kenaikan kos sara hidup, kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi di bawah Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dan mengurangkan tol.

Lebuh raya terbabit ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Penyuraian Kajang (SILK) yang akan berkuat kuasa pada 12.01 pagi 20 Oktober ini.

Tambah Ismail Sabri lagi, langkah penstrukturan semula yang dibuat itu akan menjimatkan pampasan yang perlu dikeluarkan kerajaan kepada syarikat konsesi terbabit sebanyak RM8.8 bilion.

Dalam pada itu, dua lagi tol iaitu Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) di bawah IJM Corporation Bhd akan dikurangkan pada 1 Januari 2023.

Kredit: The Star

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas