Connect with us

Oh! Media

“I Boleh Jadi Nombor Dua” – Izzue Islam Dan Isteri Terkedu, Ada Individu Tak Dikenali Tawar Nak Beri Zuriat

Oh! Artis

“I Boleh Jadi Nombor Dua” – Izzue Islam Dan Isteri Terkedu, Ada Individu Tak Dikenali Tawar Nak Beri Zuriat

Pelakon dan penyanyi terkenal , Izzue Islam merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan seni tempatan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kalau Ada Anak, Dah Masuk Darjah Tiga Dah” – Sudah Berkahwin 9 Tahun, Izzue Islam Tak Putus Doa Dikurniakan Cahaya Mata

Baru-baru ini, Izzue telah berkongsi satu kisah benar kepada orang ramai mengenai dirinya dan isteri telah dipelawa oleh seorang individu yang tidak dikenali untuk diberi zuriat, eh yeke?

Jadi isteri kedua

Menurut Izzue, individu yang tidak dikenali tersebut telah tampil di hadapan mereka dengan borak-borak kosong dan mengambil gambar sebelum menceritakan niatnya yang sebenar.

Tiba-tiba dia tanya isteri saya ‘you kalau you okay, I boleh jadi nombor dua’. Saya tergamam sebentar ingat salah bual ke apa ke. Jadi kami ingat bergurau. Tapi rupanya serius, dia kata kalau betul saya mahukan zuriat, dia boleh jadi isteri kedua, dia boleh beri zuriat. Saya dan isteri terkedu. Kami tak tahu nak respon apa ketika itu. – Izzue Islam

Izzue meluahkan rasa marah dan menganggap tindakan individu tersebut biadap kerana menyentuh isu privasi hal rumah tangga dirinya dan isteri.

Saya tak pernah jumpa sebelum ini. Pertamanya, saya tak cam wajah dia tapi cara borak itu memang macam dah kenal lama. Cara dia tegur saya dan isteri sangat ramah. Tapi bila dia cakap macam itu, saya marah sebenarnya. Saya tak nafikan, memang ada kesan. – Izzue Islam

Selain itu, pelakon itu juga menasihatkan agar perkara tersebut tidak lagi berlaku demi menjaga hati isterinya.

Sekadar info tambahan, Izzue dan isterinya telah mendirikan rumah tangga sejak 2013 yang lalu.

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas