Tinggal beberapa hari je lagi kita nak mengucapkan selamat tinggal pada tahun 2022. Apa kata kalini korang sambut tahun baru sambil bercuti sakan atas laut di Lexis Hibiscus Port Dickson bersama insan tersayang. Barulah semangat sikit nak mulakan tahun baru bersama azam baru yang nak dicapai pada tahun depan kan?
Dalam banyak-banyak tempat yang Ohmedia usha, Lexis Hibiscus Port Dickson ni adalah lokasi yang paling sesuai untuk sambut tahun baru sebab ada pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat usia bermula dari jam 5 petang. Sumpah pack gila aktiviti!
Zoo atas laut siap dengan Bufet BBQ Antarabangsa
Korang boleh bawa anak-anak sertai pelbagai aktiviti menarik di karnival permainan ataupun pergi ke zoo atas laut untuk tengok sendiri depan mata haiwan peliharaan yang ada di sana. Mesti anak-anak suka punya!
Untuk makan malam tak perlu risau sebab korang boleh nikmati Bufet BBQ Antarabangsa yang menyediakan pelbagai pilihan hidangan barbeku termasuk pembuka selera dan pencuci mulut.
Santai layan persembahan muzik dan tonton filem
Lepas perut pun kenyang makan malam, korang boleh layan persembahan muzik secara langsung dan parti menari bersama DJ yang memainkan lagu-lagu terhangat. Bukan tu jer, nak bersantai tonton filem bawah bintang pun boleh dengan outdoor cinema yang tersedia.
Persembahan sebelum Countdown New Year, ada cabutan bertuah
Tahu masing-masing tak sabar nak tengok bunga api yang menandakan detik masuknya tahun baru kan? Tapi sebelum tu korang boleh layan dulu persembahan aksi api yang tersedia. Bukan tu jer, mungkin korang salah seorang yang akan pulang ke bilik tanpa tangan kosong sebab ada cabutan bertuah dan macam-macam lagi.
Pakej NYE Countdown Getaway Lexis Hibiscus
Korang boleh pilih pakej sama ada nak stay 2 hari 1 malam yang bermula dengan harga RM1,300 dari 31 Disember 2022 – 1 Januari 2023, ataupun 3 hari 2 malam yang bermula dengan harga RM2,600 dari 30 Disember 2022 – 1 Januari 2023 ataupun 31 Disember 2022 – 2 Januari 2023.
Dengan pakej NYE Countdown Getaway Lexis Hibiscus Port Dickson yang dipilih, korang juga akan dapat akses ke kolam renang dan bilik stim dalam bilik sendiri, sarapan harian, makan malam Bufet BBQ Antarabangsa di pantai, akses ke FUNTASTIC COUNTDOWN CARNIVAL dan beg cenderahati dengan barangan pesta edisi terhad yang eksklusif.
Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk sambut tahun baru dengan pelbagai aktiviti menarik sambil bercuti sakan di Lexis Hibuscus Port Dickson ni gais.