Connect with us

Oh! Media

“Tak Nak Pergi, Jangan Pergi” – Khairy Jamaluddin Minta PAS Henti Cakap Pasal Coldplay

Oh! Makan

“Tak Nak Pergi, Jangan Pergi” – Khairy Jamaluddin Minta PAS Henti Cakap Pasal Coldplay

Masih lagi hangat dengan isu kumpulan penyanyi antarabangsa, Coldplay yang bakal hadir ke tanah air bagi membuat konsert namun dikritik oleh parti politik, PAS.

ADVERTISEMENT

BACA: Tulis Surat Terbuka Buat Khairul Aming, Ketua Pemuda PAS Dikritik Mahu ‘Tumpang’ Popular

Walau bagaimanapun, bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin baru-baru ini menasihatkan parti tersebut untuk berhenti memberi kritikan demikian.

Berhenti cakap pasal Coldplay

coldplay

Menurut mantan menteri tersebut, Khairy mengatakan dirinya sudah bosan dengan polemik pro dan kontra yang membabitkan ahli politik dalam kalangan PAS rentetan konsert tersebut.

Boleh tak kita berhenti bercakap pasal ini semua? Saya pun ada kawan-kawan dalam PAS. Konsert semua tak boleh… batalkan konsert. Kalau tak nak pergi Coldplay, jangan pergi, that’s all.

Dalam pada masa yang sama, Khairy juga mengatakan bahawa kehadiran kumpulan penyanyi antarabangsa tersebut mampu memberikan keuntungan pada negara.

Adakah memberi kebaikan? Sudah tentu, ia adalah konsert besar. Kalau Coldplay tak main (adakan konsert) di negara jiran, orang dari negara itu akan datang ke negara kita, macam kita pergi Singapura.

Khairy berkata demikian melalui satu sesi podcast bersama bekas ketua penerangan UMNO, Shahril Hamdan di YouTube semalam.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas