Connect with us

Oh! Media

“Kerana Mereka Mampu” – Anwar Umum Tiada Lagi Subsidi Haji Dan Elektrik Buat T20

Oh! Negara

“Kerana Mereka Mampu” – Anwar Umum Tiada Lagi Subsidi Haji Dan Elektrik Buat T20

Terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa golongan berpendapatan tinggi atau T20 tidak akan menerima subsidi haji lagi.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kenapa Mula Dengan Tandas T20?” – Netizen Kritik Tuala Wanita Percuma Dimulakan Di Pejabat Menteri

Beliau berkata demikian dalam persidangan Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainuddin tentang dasar-dasar baharu yang sudah dilaksanakan.

Subsidi T20

t20

Menurut Anwar, pihak kerajaan akan menaikkan bantuan kewangan haji buat golongan B40 namun menarik semula subsidi T20.

Mereka (T20) harus tanggung kos sepenuhnya haji kerana mereka mampu.

Perdana Menteri itu juga berkata kerajaan tidak akan menaikkan kadar tarif elektrik buat B40 dan Pangkalan Data Utama (PADU) akan menilai agihan subsidi buat golongan yang layak.

Pemberian subsidi bersasar jadi isu. Kita tidak menaikkan kadar elektrik melainkan kepada T20. Untuk T20 saja iaitu rumah besar, tidak akan diberi subsidi elektrik dan pangkalan data utama PADU akan dapat menyelaraskan semua.

Apa pendapat korang? Agaknya wajar atau tidak penarikan subsidi itu?

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas