Connect with us

Oh! Media

SM Faisal Tunjuk Lebih Banyak Bukti, Tanggung Persekolahan Anak-Anak Cecah Ratusan Ribu Ringgit

SM FAISAL

Oh! Artis

SM Faisal Tunjuk Lebih Banyak Bukti, Tanggung Persekolahan Anak-Anak Cecah Ratusan Ribu Ringgit

Sehubungan dengan isu dakwaan Emilia Hanafi yang mendakwa bekas suaminya hanya memberikan nafkah sebanyak RM6,000 kepada tiga orang anak mereka, pengerusi kumpulan Naza iaitu Datuk SM Faizal SM Nasimuddin tampil mendedahkan beberapa bukti bagi menafikan dakwaan terbabit.

ADVERTISEMENT

Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan tentang barangan mahal yang diberikan SM Faisal buat anak-anaknya yang sudahpun meningkat dewasa.

BACA: Nafkah Anak-Anak RM6K Tidak Cukup, SM Faisal Tepis Dakwaan Bekas Isteri, Tunjuk Bukti Beri Hadiah Mahal

Terkini, melalui Instagram @friendsoffaisal ada berkongsi bukti bahawa SM Faisal sebenarnya turut menampung yuran pembelajaran tiga orang anaknya sejak dahulu sehingga sekarang.

Yuran Sekolah Antarabangsa Taylor ditanggung SM Faisal…

Faktanya RM2,000 sebulan untuk setiap anak (RM6,000 untuk ketiga-tiga anak) adalah untuk perbelanjaan mereka sahaja.

Yuran-yuran persekolahan mereka di Sekolah Antarabangsa Taylor’s turut dibayar oleh ayah mereka. Sebelum mereka berpindah ke sekolah tersebut, yuran-yuran sekolah untuk Gardens International School turut dibayar oleh bapa mereka, walaupun pada ketika itu Emila tidak menghantar anak-anak ke sekolah.

Dengan bukti-bukti ini, ia sudah cukup menepis dakwaan bekas isterinya dan juga komen netizen yang membuat tuduhan tidak berasas.

Berikut merupakan bukti yuran yang dibayar SM Faisal ratusan ribu ringgit…

Instagram: friendsoffaisal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas