Connect with us

Oh! Media

Selepas Selesai Kes Saman Luar Mahkamah, Ira Kazar Muat Naik Foto Terkini Di Media Sosial

Oh! Artis

Selepas Selesai Kes Saman Luar Mahkamah, Ira Kazar Muat Naik Foto Terkini Di Media Sosial

Semalam kami melaporkan yang pelakon Puteri Sarah Liyana dan bekas madunya, Ira Kazar akhirnya mencapai kata damai apabila kes saman mereka termasuk dua ahli keluarga berhubung gangguan orang ketiga diselesaikan cara baik di luar mahkamah.

ADVERTISEMENT

BACA : “Sulit Untuk Didedahkan” – Kes Saman Puteri Sarah Dan Ira Kazar Akhirnya Selesai

Terbaru! Hari ini Ira Kazar dilihat memuat naik satu foto ‘selfie’ pagi ini ketika berada dalam kereta menerusi akaun Instagram miliknya.

Ira Kazar

Walau bagaimanapun, Ira tidak menulis apa-apa di ruangan kapsyen dan hanya meletakkan lagu Liquide nyanyian Shay.

Sekian lama Ira Kazar tak muat naik apa-apa gambar di media sosial dan kali terakhir pada 1 Ogos tahun lepas akhirnya ada juga yang terkini!

Terdahulu, Puteri Sarah menfailkan satu tindakan saman dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang dikatakan mengganggu rumah tangganya dengan Syamsul Yusof.

Dedah ibu kepada dua anak itu, dia telah menderita secara mental dan berterusan diganggu orang ketiga selama empat tahun.

Kredit: Instagram Ira Kazar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas