Connect with us

Oh! Media

Bayi Setahun Lemas Jatuh Dari Pelampung, Penduduk Dakwa Tempat Kejadian Ada Cerita Misteri

Bayi lemas

Oh! Tidak

Bayi Setahun Lemas Jatuh Dari Pelampung, Penduduk Dakwa Tempat Kejadian Ada Cerita Misteri

Baru-baru ini kecoh mengenai seorang bayi lelaki yang baru saja berusia setahun tujuh bulan ditemui mati lemas gara-gara terlepas daripada pegangan bapanya ketika berkayak di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, Baling. Allahu..

ADVERTISEMENT

Menurut leporan Kosmo, bayi yang dikenali sebagai Adryan Mikhael Muhammad Afiq itu telah dijumpai di Kampung Sungai Limau dengan bantuan orang awam dan penduduk kampung.

Terkini! Kejadian lemas membabitkan bayi lelaki itu telah mengejutkan penduduk di situ dan perkara ini dikatakan sendiri seorang penduduk kampung, Razali Hanapiah.

Air sungai dikatakan agak deras dan keruh pada hari kejadian kerana hujan lebat pada malam sebelumnya.

Bukan kita halang pengunjung ke sini untuk beriadah tetapi perlu tengok pada kesesuaian waktu dan keadaan sungai.

Bukan itu sahaja, Razali memaklumkan keadaan sungai itu agak dalam, arus berpusar, berbatu, terdapat jeram, dan apabila hari hujan air sungai akan menjadi deras dan tidak sesuai untuk melakukan aktiviti air.

Tambahnya lagi, pengunjung tidak sepatutnya melibatkan anak-anak dalam aktiviti air tanpa memakai jaket keselamatan.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk dikenali sebagai Suhaimi mendakwa lokasi kejadian itu juga terdapat cerita misteri yang dikatakan terdapat batu besar dengan di bawahnya terdapat satu lubang dalam.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas