Connect with us

Oh! Media

Adakah Jatuh Talak Dengan Hanya Berniat? Ini Jawapan Mufti Dari Sudut Islam

talak

Oh! Islam

Adakah Jatuh Talak Dengan Hanya Berniat? Ini Jawapan Mufti Dari Sudut Islam

Baru-baru ini, banyak berlaku kes penceraian rumah tangga dikalangan pasangan umat islam. Ramai diantara pasangan suami isteri yang bergaduh sehingga si suami terdetik di hati ingin menceraikan isterinya. Tapi adakah dengan hanya berniat akan jatuh talak itu?

ADVERTISEMENT

Jom, kita ikuti penjelasan mufti daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang hal ini.

talak
talak

Talak bermaksud membubarkan akad nikah dengan lafaz “talak atau cerai” dan seumpamanya. Ia kan jatuh talak jika memenuhi rukun serta syarat-syarat yang ditetapkan. Rukun talak Rukun talak ialah suami, isteri, sighah (lafaz), niat dan wilayah (kekuasaan).

Sekiranya seorang suami hanya berniat talak, maka ia tidak sempurna melainkan memerlukan kepada rukun lafaz talak sama ada lafaz yang jelas atau kiasan dan rukun talak lain yang memenuhi syarat-syaratnya.

Menurut Al-Khatib al-Syirbini dalam Mugni al-Mughtaj, berkata talak tidak jatuh dengan niat tanpa melafazkannya mahupun jika tidak menggerakkan lidahnya dengan lafaz “cerai”.

Dalam pada itu, lafaz talak tidak berlaku sekiranya dengan suara yang perlahan sehingga tidak didengar oleh dirinya (suami) dengan pendengaran biasa yang tiada gangguan bunyi bising. Ia kerana lafaz tersebut tidak dianggap sebagai lafaz dengan kata-kata.

Kredit: Pejabat Mufti Wilayah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas