Connect with us

Oh! Media

“Pihak Sana Masih Degil” – Hidayah Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Ali Puteh

Oh! Artis

“Pihak Sana Masih Degil” – Hidayah Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Ali Puteh

Sebelum ini kami ada melaporkan yang balu kepada arwah pelawak, Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah sekali lagi menaikkan video tentang isunya bersama adik arwah, Ali Puteh.

ADVERTISEMENT

Kemudian, Ali kesal dengan dakwaan Hidayah yang mengatakan dirinya seperti ‘lari’ kerana tidak berusaha untuk melangsaikan hutang selepas kalah saman sebelum ini.

BACA : Ali Puteh Dedah Sudah Cuba Bayar Saman Tapi Norhidayah Tolak

Terkini! Menurut laporan Harian Metro, Hidayah menjelaskan bahawa tempoh yang diberikan kepada Ali Puteh untuk bayar hutang sudah lama tapi dia masih gagal untuk membayarnya. 

Sudah beberapa kali arahan dari mahkamah, termasuk peguam saya meminta pihak sana menyelesaikan bayaran RM76,000 yang saya menang dalam kes saman pada 18 Februari, tahun lalu.

Tapi, pihak sana masih lagi degil, dan melanggar perintah mahkamah. Malah, tiada usaha dan inisiatif dilakukan untuk melangsaikan hutang piutang itu kepada saya.

Hidayah juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak Ali masih berdiam diri.

Sebelum ini, saya masih berbaik hati dan bertimbang rasa untuk memberi ruang dan masa padanya (Ali) untuk menyelesaikan hutang ini. Tetapi, dia tidak memandang serius perkara ini dan tindakan susulan perlu saya buat.

Saya akan mengambil tindakan undang-undang susulan yang lebih berat agar pihak sana dapat menjelaskan hutang piutang ini dengan kadar segera kerana saya tidak mahu ada timbul apa-apa masalah yang berhubung kait dengannya lagi selepas ini.

Apa pun, semoga urusan mereka ini dipermudahkan untuk selesaikan isu ini. Apa pandangan korang mengenai hal ini?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Nampaknya Oh Media bukan biashe-biashe kita ada Dolla in the hauz gais!#dolla #damelo #ohartis

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas