Connect with us

Oh! Media

“Sekarang Nak Tunjuk Jadi Mangsa Pulak” – Individu Buka Cerita Pasal Puteri Sarah Mahu Berjumpa Pula

puteri sarah

Oh! Artis

“Sekarang Nak Tunjuk Jadi Mangsa Pulak” – Individu Buka Cerita Pasal Puteri Sarah Mahu Berjumpa Pula

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan individu yang dipercayai ahli keluarga bekas madunya iaitu Ira Kazar ada meminta untuk bertemu dengannya.

ADVERTISEMENT

Menurut Puteri Sarah, wanita berkenaan hanya berlakon menjadi mangsa keadaan selepas tidak mengaku bercerita tentang aktres itu di media sosial.

Malah, Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin terus meminta individu berkenaan untuk bercakap dengan peguamnya.

Puteri Sarah

Sekarang nak tunjuk jadi mangsa pulak… katanya tidak pernah bercerita tentang saya.

Nak jumpa dengan saya? Maaf, cakap sahaja dengan peguam saya. Kita jumpa di mahkamah nanti.

Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.

Tambahan, aktres berkenaan turut menasihatkan individu terbabit untuk tidak bercerita di media sosial bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut berkata dia tidak akan bertindak sekiranya tidak diganggu dan memaklumkan dia sudah move on dengan kehidupan sendiri.

Puteri Sarah

Kalau awak tidak mulakan, saya tidak akan bertindak. Saya sibuk dengan bisnes, sebulan dua pergi balik Jakarta tak ada masa nak berdrama cari fasal.

Lain kali nak bercerita buruk sila mengumpat di rumah saja bukan di media sosial… jangan dijolok sarang tebuan.

Kalau awak tidak mulakan, saya tidak akan bertindak.

Orang dah move on tak perlu nak ungkit semua cerita.

Sebelum ini, pada Jumaat lalu Puteri Sarah mendedahkan dia ada menerima mesej daripada peminatnya yang memaklumkan individu berkenaan menjaja cerita meskipun sudah menarik balik saman terhadap mereka sebelum ini.

BACA: Dah Tarik Saman Masih Menyalak, Puteri Sarah Dakwa Ada Yang Meroyan Di Close Friend?

Terdahulu, Pelakon Puteri Sarah nampaknya mahu mengambil tindakan undang-undang didakwa kerana masih ada pihak yang membuka cerita mengenai dirinya.

Kredit: Instagram Puteri Sarah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Alhamdulillah semoga hubungan sesama keluarga mertua @puterisarahliyana dirahmati. #puterisarahliyana #dpatimahismail #keluarga #ohmedia #ohtrending

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • puteri sarah
  • puteri sarah

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas