Connect with us

Oh! Media

Sissy Imann Akui Kesal Jual Album Solo Pada Harga RM20 Lepas Boleh Fikir Dengan Baik

Album sissy iman habis terjual

Oh! Artis

Sissy Imann Akui Kesal Jual Album Solo Pada Harga RM20 Lepas Boleh Fikir Dengan Baik

Sebelum ini kami melaporkan yang album sulung Sissy Iman yang dirakam di Studio Abeey Road, London pada tahun lepas sudah habis terjual dengan harga RM20 satu kurang dari 2 jam.

ADVERTISEMENT

BACA : Album Solo Sissy Iman Habis Terjual Kurang 2 Jam, Tawar RM20 Tapi Ada Yang Sanggup Bayar Lebih

Menurut laporan Harian Metro, Iman juga menepis dakwaan yang berpendapat bahawa dia menangis di pentas ‘Famili Duo’ sebagai strategi ‘gimik’ untuk menjual albumnya itu. 

Bukan tu jer, dia juga mengatakan yang keputusan untuk menjual pada harga RM20 itu dibuat secara drastik dalam keadaan emosi diri tidak terkawal.

Kalaulah saya betul-betul nak buat gimik dengan menangis di pentas dan fikir keuntungan, lebih baik saya jual album itu dengan harga RM150 atau lebih. Sebab masa itu pun, orang memang tengah kasihankan saya dan mana tahu mereka sanggup nak beli juga.

Tapi, sebaliknya saya turunkan harga amat rendah yang sebenarnya merugikan saya dan tak apalah. Pada ketika itu, saya buat keputusan dengan emosi menerusi hantaran di Instagram tanpa berbincang dengan ibu bapa dan keluarga. Dalam fikiran saya hanya nak album itu cepat-cepat habis dijual sebab dah taknak tengok lagi.

Saya jual dengan harga RM20 itu termasuk caj penghantaran, memang tak untung pun sebab penghantaran ke Singapura saja, RM78. Tapi, apa nak buat sebab itu keputusan saya sendiri yang gagal kawal emosi dan kesedihan diri sendiri.

Imann juga mengatakan yang dia berasa kesal kerana menjual album tersebut pada harga sedemikian selepas dirinya dalam keadaan yang tenang dan boleh berfikir dengan baik. Dia juga mula sedar bahawa penghasilan album itu sungguh bermakna apabila Harian Metro bertanya.

Namun, saya percaya walaupun tidak untung dari segi pulangan wang untuk penjualan album ini, tapi Allah gantikan dengan rezeki yang lain seperti saya kembali bersemangat untuk bekerja semula, ramai orang mula mengenali muzik saya dan ia perkara amat disyukuri.

Tak apalah, benda dah lepas. Semoga Iman terus berjaya di masa akan datang dan sentiasa menghiburkan peminat diluar sana.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas