Connect with us

Oh! Media

“Sama-Sama Pernah Dipenjara” – Ayat Ahmad Dhani Bersama PMX Buat Ramai Geli Hati

ahmad dhani

Oh! Artis

“Sama-Sama Pernah Dipenjara” – Ayat Ahmad Dhani Bersama PMX Buat Ramai Geli Hati

Ringkas, padat dan mendalam maknanya. Itulah apa yang dirasakan ramai orang bila melihat tulisan ringkas penyanyi asal Indonesia, Ahmad Dhani di Instagram apabila dia bergambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ADVERTISEMENT

Dhani yang merupakan penyanyi kumpulan Dewa 19 itu hadir dalam program Temu Anwar di Jakarta.

Bagaimanapun, kapsyen yang ditulis Dhani pada gambar bersama PMX itu mengundang pelbagai respon netizen.

Sama-sama pernah dipenjara. – Tulis Dhani ringkas.

Untuk pengetahuan korang, Ahmad Dhani sebelum ini pernah dipenjarakan selama 18 bulan di Cipinang, Jakarta Timur pada tahun 2019. Anwar Ibrahim pula pernah dipenjarakan sebanyak dua kali pada tahun 1998 dan 2015 di Penjara Sungai Buloh.

Kredit: Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas