Connect with us

Oh! Media

“Katanya Hujan” – Pensyarah Terjah Kolej Gara-Gara Separuh Pelajar Tak Datang Kelas

pensyarah terjah rumah

Trending

“Katanya Hujan” – Pensyarah Terjah Kolej Gara-Gara Separuh Pelajar Tak Datang Kelas

Tular di media sosial video merakamkan pensyarah kanan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Hisyam Che Mat menziarahi kolej pelajar gara-gara ramai yang ponteng kelas.

ADVERTISEMENT

Menerusi video itu, Hisyam Che Mat berkata, tujuannya mencari pelajar ponteng untuk tahu punca sebenar mengapa ‘liat’ mahu ke kelas. Iyalah, mana lah tahu sakit atau ada masalah kewangan kan?

Pensyarah terjah pelajar ponteng kelas

@hisyam_chemat Replying to @⛅️ ♬ original sound – Hisyam

Memetik laporan Harian Metro, pensyarah ini dah mengajar sejak 23 tahun lalu dan mula menziarahi pelajar di rumah sewa atau kolej bermula tahun 2000 hingga 2003.

@hisyam_chemat Replying to @nuna ♬ original sound – Hisyam

Katanya lagi, sebelum melawat pelajar dia akan habiskan kelas mengikut jadual yang ditetapkan. Selepas itu, dia akan meminta kebenaran daripada pengetua kolej ditemani kakitangan kolej kediaman dan beberapa penuntut lain.

Meskipun ada yang tak puas hati dengan pendekatan yang dibuat, pensyarah ini berkata dia rasa bertanggungjawab sebagai seorang pendidik di mana dia tak boleh berkompromi apabila ada pelajar sengaja tak datang ke kelas.

Bila buat macam ni, pelajar pun berasa malu dan tak ponteng kelas lagi kan?

BACA: Sekolah Beri Motosikal Dan Pakej Percutian Sebagai “Token” Kepada Murid Yang Kehadirannya Penuh!

Kredit: TikTok Hisyam | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas