Connect with us

Oh! Media

Penangan Baju Raya RM1, Pemilik Butik Mohon Maaf Tutup Kedai Awal Kerana Rusuhan

Oh! Tidak

Penangan Baju Raya RM1, Pemilik Butik Mohon Maaf Tutup Kedai Awal Kerana Rusuhan

Semalam tular di media sosial mengenai jualan baju raya berharga RM1 oleh sebuah butik jenama tempatan di Seksyen 7, Shah Alam.

ADVERTISEMENT

BACA: Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia Kedua Terburuk Di Dunia, Menanti Hukuman Dari FIFA

Penangan harga tidak masuk akal itu membuatkan butik tersebut dibanjiri ribuan pelanggan hingga menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal.

Rusuhan baju raya

@uciluna_

Memang huru hara sangat pagi di ni starvilion sebab start ada yg bergaduh apa semua , please guys disebabkan segelintir mcmni semua orang tak dapat .. #starvilion #uciluna #bajuraya #wakdoyok

♬ original sound – UCILUNA. – UCILUNA.

Pemilik bagi butik berkenaan, Uci memohon maaf buat orang ramai mengenai situasi yang terjadi kerana tidak menyangka tawaran harga tersebut mampu menarik perhatian ramai pihak.

Dalam pada masa yang sama, Uci menyatakan rusuhan tersebut menyebabkan butiknya mengalami kerosakan dan beberapa barangan dan pakaiannya hilang akibat dicuri.

https://www.tiktok.com/@tokpala74/video/7217233713669721349?_t=8b9Sz22j9k1&_r=1

Sebagai info, butik itu menawarkan harga RM1 itu buat 100 pelanggan terawal dan memberi hadiah percuma yang lain buat pembeli pakaian mereka.

Beberapa video tular TikTok memaparkan orang ramai membanjiri kawasan butik itu hingga terpaksa melibatkan pihak polis kerana berlaku rusuhan.

Kredit: Uciluna | Tokpala

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas