Connect with us

Oh! Media

Tarik Tudung Perempuan Konon Nak Lihat Orang Pertahankan Agama Atau Tidak, Youtuber Dikutip Polis

tarik tudung

Oh! Artis

Tarik Tudung Perempuan Konon Nak Lihat Orang Pertahankan Agama Atau Tidak, Youtuber Dikutip Polis

Ingatkan orang kita ni dah adalah sedikit kesedaran tapi tak sangka pula masih ada yang sanggup buat perkara bodoh untuk jadi popular ni. Itulah apa yang dilakukan seorang Youtuber yang buat content menarik tudung dua orang wanita.

ADVERTISEMENT

BACA: Buat ‘Prank’ Tarik Tudung Perempuan Di Tempat Awam, YouTuber Ini Teruk Dikecam Netizen

Terkini, pihak polis memaklumkan telahpun menahan seorang lelaki berusia 24 tahun bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan perkara itu dan menahan suspek 7.30 petang semalam.

Perbuatan suspek itu telah dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Ini selepas satu laporan polis dilakukan sebaik video itu tersebar.

Tindakan dalam video tersebut telah menimbulkan kagusaran masyarakat.

Diharapkan janganlah ada lagi orang buat perkara tak berfaedah macam ni. Kalau nak lihat respon masyarakat kita terhadap agama, ada banyak lagi cara lain yang boleh dibuat.

Kredit: Facebook Polis Kuala Lumpur

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas