Connect with us

Oh! Media

TERHAD: Jangan Lepaskan Peluang Promosi Jualan HUAWEI Mega Online Fest 12.12!

Branded

TERHAD: Jangan Lepaskan Peluang Promosi Jualan HUAWEI Mega Online Fest 12.12!

Bila dah dekat hujung tahun ni, mesti ramai yang tak sabar nak shopping sakan sebab ada banyak sales dan promosi diadakan. Haa, tak terkecuali,  HUAWEI pun nak buat jualan akhir tahun untuk peranti elektronik diorang tau! Wow!

Korang yang masih tercari-cari promosi untuk beli peranti baru tu, dah tak perlu pening kepala sebab HUAWEI nak ajak korang nikmati penjimatan diskaun luar biasa! 

Ada macam-macam jenis peranti yang HUAWEI offer pada korang sempena HUAWEI Mega Online Fest yang akan berlangsung pada 12 Disember 2021. Haa, ini antara barangan yang korang patut dapatkan untuk nikmati penjimatan yang lumayan!

Nikmati Penjimatan Hebat Untuk Audio & Peranti Boleh Pakai

Kalau korang aktif dalam bersukan, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan jam pintar HUAWEI sebab ia ada banyak kelebihan untuk korang tau!

Antaranya ia boleh pantau kadar oksigen dalam badan serta korang boleh bertukar mod kepada mod Professional Sports mengikut senaman yang korang ingin lakukan.

Menariknya, jam pintar HUAWEI ini juga boleh dihubungkan dengan fon telinga HUAWEI Freebuds 4i tau. Haa, lepas ni makin seronok lah korang kalau nak buat macam-macam jenis senaman. 

Bukan itu sahaja, dengar-dengar HUAWEI ada keluaran jam pintar yang baru? Ya betul, korang pun boleh dapatkan jam pintar HUAWEI GT3 42mm keluaran baru dengan penjimatan 47% tau! Nak tau lebih lanjut, klik DI SINI.

Promosi Diskaun Untuk Komputer Riba dan Tablet HUAWEI

Untuk korang yang tercari-cari komputer riba atau tablet baru, jangan lepaskan peluang promosi Tablet dan Komputer Riba HUAWEI sebab diorang ada offer yang tengah hangat!

HUAWEI Matebook D14

Kalau korang mencari komputer riba yang nampak elegan, ringan dan skrin yang lebih besar, HUAWEI Matebook D14 adalah pilihan yang tepat untuk korang!

Dilengkapi dengan design full-body metallic serta mempunyai ketebalan 15.9mm, Matebook D14 ini mudah untuk dibawa ke mana sahaja serta mampu dibuka sehingga 180°. Wow, menariknya!

Selain itu, dengan hadirnya paparan skrin berukuran 1920 x 1080 serta mempunyai pandangan sudut 178°, ia mampu memberikan korang gambaran yang lebih jelas dan sinematik!  

Bukan itu sahaja, korang pun boleh hubungkan telefon pintar dan HUAWEI Matebook D14 tau! Skrin telefon pintar korang akan muncul pada komputer riba bagi memudahkan lagi kerja korang untuk buat multitasking. Jadi lepas ni dah tak perlu risau kalau nak buat macam-macam kerja dalam satu masa. 

Menariknya, kalau korang jenis yang tak suka bawa banyak barang dalam satu masa, korang tak perlu risau lagi sebab komputer riba ini menyokong pengecasan type-C yang mana ia juga boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar! Jadi, jimatlah sikit ruang beg korang. 

Paling penting, ia boleh mengecas komputer riba dengan lebih pantas sebab ia menyokong pengecasan pantas 65W, yang boleh mengecas 46% kuasa dalam 30 minit sahaja! Mantap!

HUAWEI MatePad 10.4 LTE

Untuk korang yang perlu buat kerja tak kira mana korang berada, HUAWEI MatePad 10.4 LTE adalah peranti yang sesuai untuk korang! 

Dilengkapi dengan smart keyboard, korang tak perlu risau lagi kalau nak buat kerja dekat mana korang berada sebab ia dapat membantu untuk memudahkan lagi kerja korang.

Selain itu, ia juga hadir dengan paparan skrin penuh berukuran 10.4 inci, nisbah body-to-screen 84%, bingkai 7.45mm, dan beresolusi 2K yang mana besar skrin tablet ini setanding dengan skrin komputer riba! Biar betul?

Jika dibandingkan dengan tablet lain pada harga yang sama, HUAWEI MatePad 10.4 LTE ini mempunyai kapasiti memori yang lebih besar iaitu 64GB serta mempunyai storan sebesar 512GB melalui MicroSD tau! Haa, lepas ni korang dah boleh simpan gambar atau video kerja yang lebih banyak. 

Lagi best, tablet ini hadir dengan Multi Screen Collaboration yang mana korang boleh share skrin telefon ke tablet. Jadi, mudahlah kalau korang nak main game atau tengok video TikTok dengan paparan skrin yang lebih luas!

Tak lupa juga, tablet ini menyokong App Multiplier yang mana korang boleh buka 3 skrin aplikasi pada masa yang sama tau. Lepas ni jimatlah sikit masa korang untuk buat 3 kerja dalam satu masa.

Penjimatan Diskaun Hebat Untuk Tablet HUAWEI

Untuk korang yang sedang mencari tablet yang memudahkan kerja serta boleh dibawa ke mana sahaja tak kira tempat dan masa, haa jangan lepaskan peluang keemasan ini sebab HUAWEI pun ada offer beberapa tablet yang terbaik tau!

HUAWEI MatePad 11

Selain MatePad 10.4 LTE, kalau korang ada bajet yang lebih sikit, korang bolehlah beli MatePad 11 bundle yang hadir sekali dengan keyboard PERCUMA serta M-Pencil(2nd generation), khas untuk korang sempena jualan HUAWEI Mega Online Fest!

Hadir dengan paparan penuh 120Hz, HUAWEI MatePad 11 ini mempunyai visual yang sangat smooth yang memberikan kepuasan kepada korang bila bermain video game atau menonton drama. 

Pelbagai Barangan & Peranti HUAWEI Pada Harga Murah

Korang boleh nikmati penjimatan hebat dengan banyak lagi di HUAWEI Store Online atau di HUAWEI Experience Store yang terdekat dengan korang! Jadi get ready la add to cart, tepat je pukul 12 korang terus check out!

Ada macam-macam jenis peranti yang korang boleh dapatkan dengan harga yang tidak masuk akal! Jadi, jangan lupa tanda kalendar korang dan siap sedia borong macam-macam peranti daripada HUAWEI. 

Secara keseluruhan, HUAWEI merupakan jenama yang mengeluarkan peranti dan barangan elektronik yang membantu dalam smart working serta produktiviti kepada pengguna. 

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi jualan Mega Online Fest, korang boleh layari HUAWEI Store Online dan HUAWEI Official Store di Shopee. Korang juga boleh dapatkan di HUAWEI Experience Store yang terdekat dengan korang.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas