Connect with us

Oh! Media

Aibkan Imej Wanita Berhijab? Penari Lagu Iman Troye Dikecam Pakai Baju Ketat Nampak Bentuk Badan

iman troye

Oh! Artis

Aibkan Imej Wanita Berhijab? Penari Lagu Iman Troye Dikecam Pakai Baju Ketat Nampak Bentuk Badan

Tidak ada siapa-siapa yang tegur sebelum buat persembahan ke? Memalukan! Itulah apa yang dirasakan rakyat Malaysia terutama mereka yang beragama Islam bila menonton persembahan penyanyi, Iman Troye dalam separuh akhir Muzik Muzik 36.

ADVERTISEMENT

Perkara memalukan ini tidak ditujukan kepada Iman Troye tetapi kepada 4 orang penari perempuan di belakangnya sewaktu persembahan. Kritikan ini diberikan selepas mereka dilihat memakai pakaian yang tidak sesuai dan boleh mencemarkan imej Islam terutama wanita berhijab.

Kecaman dari netizen boleh dilihat dalam posting yang dikongsikan di Instagram Hot FM. Lihat sahaja pakaian mereka yang agak ketat sehingga boleh menampakkan tubuh badan.

“Lebih baik pilih penari lelaki atau wanita tidak berhijab agar tidak mengaibkan imej wanita bertudung” – Netizen.

Harap semua pihak yang terlibat dengan industri hiburan lebih sensitif dalam apa sahaja perkara. Tidak salah kita berhibur tapi salah jika kita abaikan perkara yang sepatutnya kita jaga.

Kredit: Instagram Hotfm976

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas